Seorang guru pernah bertanya pada anak muridnya, "Adakah kamu semua menyayangi diri sendiri?"
Dan para murid menjawab, "Ya! Kami sayang diri kami!"
Ujar guru itu, "Bagaimana cara kamu semua menyayangi diri sendiri?"
"Belajar sungguh-sungguh!"
"Jaga hati!"
"Pakai topi keledar!''
Maka kata si guru,
"Benar. Tetapi ia lebih dari itu. Terimalah diri kamu, tiada manusia yang sempurna. Hormatlah maruah kamu, ia tidak pernah meminta untuk diragut melainkan kamu yang membiarkannya. Berikan galakan kepada diri kamu, galakan orang lain tidak cukup buatmu. Rancangkan kejayaan buat diri kamu, jangan biar diri kamu gagal kerana kegagalan yang diterima."
* Positifkan diri anda, nescaya segala kesulitan dapat diatasi. sumber dr iluvIslam.=-)
No comments:
Post a Comment