Tuesday, May 10, 2011

Pemimpin.



hah? pemimpin? cincin? bukan. pemimpin didefinisikan sebagai seseorang yang dilantik oleh sekumpulan manusia untuk memerintah dlm melaksanakan sesuatu rancangan atau perkara.
nampak simple je kan. namun, bak kate bapak sedare peterparker "great power comes great responsibility". kan? jadi, menjadi pemimpin bukan satu kemulian tetapi satu tanggungjawab yang wajib dipikul oleh yang dilantik. dalam Islam sendiri, telah ditegaskan bahawa pemimpin akan dipersoalkan tentang orang yang dipimpin. jelas, melakukan kelalaian bakal mengundang kesusahan kepada orang lain.



gelaran pemimpin bukan semata-mata diperoleh dari sesebuah majlis formal, tetapi setiap insan itu telah menjadi pemimpin yang dilantik Allah, setidak-tidaknya pemimpin kepada diri sendiri. hal ini bermaksud, pemimpin yang boleh memimpin diri sendiri ke arah yang diredai, mentaati perintah dan menjauhi larangan-Nya. sekiranya diri sendiri pun tak boleh nak jaga, macam mana nak memimpin manusia yang lain? pemimpin juga, bukan hanya tahu mengarah, buat itu, buat ini, tetapi seorang yang boleh membimbing dan menentukan sama ada berjaya atau tidak sesebuah perancangan. =-)



langkah ke arah menjadi seorang pemimpin memerlukan ilmu yang lengkap. pelbagai aspek perlu dipelajari, agar menjadi pemimpin yang mampu memberi impak terhadap golongan yang dipimpin. sebagai contoh, menunjukkan sikap dan teladan yang baik. untuk ke arah itu, perubahan perlu dilakukan dan persediaan mentap serta fizikal PERLU dilakukan. nampak tak? senang ke nak jadi pemimpin? =-)



jadi, merujuk kepada tajuk dan realiti senario kepimpinan di negara kita Malaysia, perkara ini dilihat remeh serta "macam tak ade pape". jelas perkara ni boleh dilihat dalam politik kita. apabila dipilih dalam pilihanraya, macam2 yang dijanji dan ditaburkan. kebanyakan dapat kita lihat, mereka hanya mengecapi kemewahn atas gelaran dan pangkat yang diperoleh. adakah ape yang dibicarakan hanya omomg-omomg kos0ng? adakah mereka berjaya membawa perubahan? sama-samalah kita renungkan.


yang menyedihkan, apabila seseorang pemimpin dikaitkan dengan masalah atau kes yang sebenarnya berpunca dari kelalaian mereka sendiri, mereka menafikan dengan cara masing2 bagi menutup daripada menanggung malu. biasalah, tak kan seorang menteri nak disabitkan kesalahan? mane nak letak muke. apa yang kerap berlaku, mereka makin berani melakukan kesalahan dan ia juga melibatkan wang dan titik peluh insan yang tidak bersalah. ada juga yang berani melanggar perintah agama semata-mata untuk menjatuhkan insan lain. sejauh mana kebenaran kita boleh pandang dan nilai sendiri.





akhir, jadi pemimpin bukan senang. bukan setakat gelaran, pangkat dan kemewahan yang dikejar, sebaliknya tanggungjawab yang berat perlu dipikul. pemimpin bukan kepada menteri sahaja, juga kpd pemimpin dalam kehidupan seharian kita. boleh jadi, ketua kelas, ketua rumah, ketua staff dan tidak terkecuali ketua keluarga.

pesanan serta ingatan buat aku dan semua: jangan jadikan kita buta dengan pangkat yang ada, gunakan akal dan ilmu yang kita belajar selama ini untuk jadi insan yang berguna. =-)

No comments:

Post a Comment

Ce Try Tengok Yang Ni Plak...

_i luv Islam