Sunday, July 01, 2012

Durian.


Durian ni orang kata dia raja buah. orang kata lah tetapi fakta bila ia ditabalkan menjadi raja pun aku taktahu. Lejen la tu kalo manusia yang panggilkan. Tu belum tanya lagi manggis, pulasan dan cempedak. Kalau tanya diorang, konpem diorang panggil King of Fruit. Ye ke tak? Haha. Ok. Kalau ditengok si durian ni, takda la hensem sangat. Takde la comel macam ciku. Takde la menarik macam tembikai. Tapi kegarangan dan kematangannya dapat dilihat jelas melalui duri-duri tajam yang besar di seluruh badan beliau. Eh, beliau. Haha. Ye lah, garang kot. Cube lempar buah durian dengan tembikai, sape menang. Gentle aku cakap, durian ni selamber je berdiri, sedangkan tembikai dah berdarah-darah dah. Ok. Sebenarnya, sampai sekarang aku pun taktahu kenapa raja durian. Harap je pernah ada dusun dulu, tak sempat nak menjalankan penyelidikan. Biasalah, belajar takabes lagi, macam gini lah jadinya. Mungkin apa yang aku tahu, orang putih bukan suka durian , sebab baunya. Peh, semerbak harum sundal malam.Bukan. Tiada kaitan. Kalau dibau betul-betul, memang kuat durian ni. Lagi-lagi kalau dah masuk mulut, kunyat dan makan. Lepas tu duduk rilek jap 5 minit, pastu cuba korang sedawa. Tahap korang nak sedawe tu, bese dah lah, takyah la sampai nak jiran 3buah rumah dengar. Tak molek lak adab dan kesusilaan orang kita. Seriusly kuat bau durian ni. Boleh pengsan la makcik depan umah tu jugak. Kalau dah makan, jangan haraplah korang dapat hilang bau die ni boleh hilang serta-merta. Aku dulu waktu sekolah, mase tu baru balik dari rumah, ye la, balik bermalam la katekan. Masa tu prep malam, aku tertidur dalam kelas dan aku takperasan yang aku tersedawa. Habis budak2 bising ‘sape makan durian ni?’. Aku buat2 tak dengar sebab malas bising-bising waktu prep malam dan sambung tido. Tak tenang jugak la nak terskan mimpi aku gara-gara seawa aku. Rupa-rupanya sebelum balik sekolah, aku dah melantak tah bape banyak ulas durian kat rumah. Tapi aku lupa form bape. Haha.
Durian ni juga ada jugak kelas-kelas tersendiri. Paling mahal , musang king. Ni pun aku taktau macammane ade name musang pulak, siap gabung nama melayu inggeris plak tu. Tak mudah. Tapi sekilo durian musang king ni, ada lah nak cecah rm16 kot. Gila lejen.Yang kedua kelas dia, D24.Pastu ada gak IOI, dan paling banyak didapati adalah durian kampong. Ade lagi jenis lain, seperti durian Siam dan durian Sabah, tapi aku kurang arif. Malaslah nak cara, bukan ada kat tempat aku pun. Ok. Durian pun sodap kalau bubuh dalam masakan. Tempoyak ada, bubur durian sedap dan macam-macam lagi yang aku takpernah rasa lagi. Jus durian ada? Haha.
Durian pun ada kelas tersendiri. Kelas kau jah. Hahaha. SO, apa beza kelas atas dan bawah? Layanan? Ada bezanya. Ape-ape pun , sila bangga dengan buah-buahan tempatan anda. Rugilah duduk Malaysia, anak tempatan taksuka durian. Tak kesah kalau kita yang taksuka, tapi jangan sampai ia lupus dari pandangan dan pengetahuan generasi akan datang.   Kan? Anda saja yang tahu. Makan-makan juga, ambil pengajaran kenapa Allah jadikan bentuk dan fizikal durian sebegitu rupa. Pasti ada hikmah yang sangat rapat dengan diri kita secara khasnya. InsyaAllah.

Sekian.

Thursday, June 21, 2012

Open Your Eyes~~

baru kutahu lirik dan bait-baitnya indah. Allahuakbar!

video

Look around yourselves
Can’t you see this wonder
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony
Let’s start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside..
No..
We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..
Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you’re feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?
Lets start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us?
Or are we so blind
To push it all aside..?
No..
We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
[. From: http://www.elyrics.net/read/m/maher-zain-lyrics/open-your-eyes-lyrics.html .]
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..
When a baby’s born
So helpless and weak
And you’re watching him growing..
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life..
We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look quiet we’ll see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..
Open your eyes and hearts and minds
If you just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..
Allah..
You created everything
We belong to You
Ya Robb we raise our hands
Forever we thank You..
Alhamdulillah..

semoga beriktibar~

Wednesday, June 20, 2012

AIT 2012


masih belum terlambat untuk aku singkapkan ceritera AIT 2012 yg berlangsung dr 11 - 14 jun di Kem Rimba Ria, Sungai Congkak. Serius beronok-ronok terima adik baru, dan seronok jua bersama ahli komiti yg len. Superb.

Alpha Sierra - new family
AlphaSierra terdiri drpd Hisyam, Elcy, Rosse, Ainun, Shikin, Anis, Refika, Syahira, Amirah dan Najihah. orang Temerloh ade, bdak engin ade. lengkap la orang kate. Cume kumbang seekor je la. 

my syntella
rasanya, syntella paling ramai menghantar wakil selaku komiti dalam ait kali ni. best la korang sebab masih kekal dalam Inspire bersama-sama.InsyaAllah ukhwah fillah abadan abada=-)

atm lineup!
ahli-ahli biro yang sporting. Ade Topek, Salman, Mukmin, Faiz, Akmal, Biha, Tho, Nad, Bella, Wanie dan jua Eid. Karenah yang pelbagai. Lengkap jua.

merah menyala!
 Taktahu lah kenapa, banyak-banyak gambar, yang ni paling style. Freestyle la gayenye. Abg-abg dan akak-akak yang best dan sporting, terima kasih atas tunjuk ajar. InsyaAllah pererat ukhwah ini Ya Allah, smoga kekal ke syurga. Amin=-)

Inspire Club kekal dihati=-)


Tuesday, June 19, 2012

Again 3.0 ( The Explanation)

video

maaf lambat. aku rasa ini dah cukup bagi mereka yang belum mengetahui. kesian 'mereka'.
rasanya ramai dah lupa isu ini. meh sini aku ingatkan balik. bak kata pepatah, sesiapa yang melupai sejarah, dia akan mengulanginya semula. smoga ambil ikhtibar k.
any comments?

Monday, May 14, 2012

Again. 3.0


video
macam dah lambat. tapi ia menarik. the truth. nanti aku jelas.

Sunday, May 13, 2012

Agama Kita.

"sia-sia Orang Islam cakap pasal agama, keluar ayat Al-Quran bermacam-macam dgn tujuan memperbetulkan org lain KALAU diri sendiri tak jaga attitude. Bila bagi masa, masa tak ditepati.Bila bagi kerja , buat sambil lewa. Menjadikan Islam yg indah diperlekeh, bukan kerana nature Islam, tetapi disebabkan attitude si penganut"

#sedas dr Dr Fadzlin. ~ade edit2 sket.

# bunyi agak kasar. Namun itu hakikat. Perit namun ia tetap harus ditelan. Kita mungkin sedang selesa dengan keadaan kita sekarang. Tanpa ada yang menegur, kita alpa. Manusia. InsyaAllah berpesan-pesan.

Thursday, May 03, 2012

Gentle2 Sekalian.

 
kacak tak mereka? kalo xnk ckp, atleast jelas kat si berbaju mesia kan? hihi. 
harap2 ukhwah sampai ke syurga=-)

Kita Yang Bimbang

"Jika kerja kita hari-hari adalah membimbangi apa nasib kita esok hari, lebih baik lita pergi bercucuk tanam. Jika bercucuk tanam pun kita rasakan payah, lebih baik kita pergi congek basikal. Jika itupun sukar, pergilah ke LRT. Sekurang-kurangnya, di stesen LRT nanti ada makwe yang lalu-lalang menayangkan paha dan betisnya buat tontonan kita dan mungkin kita temui bahgia. Jika itupun tak mampu kita lakukan, lebih baik'kita' tu pergi makan taik.-Aisa Linglung"

#sedass!! Yakin je dgn ape yg kite wat . Senang sangat.

Wednesday, May 02, 2012

Tuesday, March 13, 2012

brodha!




semangat baru ! kejuaraan diburu!
pink plak kali ni,.. ades~~

Friday, February 03, 2012

brilliant part 1: Julian beever

Julian Beever, salah seorg pelukis 'street drawing' yg amat terkenal dengan lukisan 3D. Menghasilkan buku Pavement Chalk Artist mengenai idea dan lukisannya pada tahun 2010. Kepakaran yang susah nak dihasilkan. Certain side je baru nampak real lukisan ni. Amazing!


besar gile coke!!


nape plak tercabut mozek tu?


anjing laut kat tengah jalan?


emas??


mana cermin tu?

awesome kan? bukan nak membanggakan pihak mereka, cuma kagum dengan kekuasaan Allah yg diilhamkan kpd makhluk-Nya. sekian.

Thursday, February 02, 2012

Terenjanu!



taktahu knape aku rase best nak sebut 'Terenjanu' berbanding 'Ganu' . dah macam foreigner plak. hihi. Maseh takberubah keadaan bandar Kuala Terengganu (KT) jika dibandingkan masa aku pergi dahulu semasa PLKN Setiu dulu. Ist time pergi terengganu masa tu, sekitar tahun 2008. Baru la kenal Pasar Payang, Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam, Muzium Terengganu dan macam-macam. Naseb la baek dapat kuar bandar masa tu sebab kem pun dah nak habes, so, jurulatih semua bawa la kami kuar mencari kenangan dan ole2 di situ. beli lah keropok, kain pelikat dan kain sarung utk mak ayah kat rumah. Masa cuti raya cina, sempat juga menjelajah bandar KT bersama abg Afiq Azlami yg cute dan juga Abe Safwan kite. Best, sampai jem la moto c70 yg aku bawak tu.


masih terapung. naseb bek taktenggelam masjid ni.

Kire jumaat 27 hingga ahad 29, berjaya gak aku sampai terengganu semule bersama Muiz dan Topek serta Ayien. tujuan asal untuk menhadiri majlis perkahwinan akak Payed kat chendering. Alhamdulillah, dapat jua makan nasi minyak. hehe. Sepanjang perjalanan dari dungun, cuaca hujan yg berterusan. Mujur selamat tiba. Sesudah itu, masa utk menjelajah semula bandar KT.Pasar payang dan juga Masjid Kristal. Sama pada kebanyakan, ada la pembaharuan sedikit2.


maseh 'kristal'. takubah jadi intan pun.

Apa yang menarik, KT pun ade i-City. Ingat ShahAlam je ade? hehe. takdelah semeriah Shah Alam, stakat ada lampu kat pokok-pokok je. Suasana berdekatan sungai@laut, memang nice la kalo nak rehat-rehatkan minda yang berkeserabutan. 1 lagi, masa beli keropok lekor kat Bukit Tobeng, 1st time tgok kedai ada pakai numbor giliran! Bukan nak masukkan duit atau berurusan macam dekat bank, tapi setakat nak beli kepok je weh!. memang la, dah pagi2 pun dah ramai manusia nak beli kepok. Kaum Cina pun takterkecuali. Kepok sedap, mane org taknak datang...


lampu berwarna-warni. masih dalam pembikinan.

credit to John sbb meluangkan masa menjadi tourist guide sepanjang masa. jepah , mamat dan jua Hafizuddin takterkecuali. Jasamu dikenang, Bro! Pape, kenangan terindah bagi permulaan 2012. Semoga banyak tempat mampu aku redah lagi=-)



sekian.

Wednesday, February 01, 2012

Fenomena Air Pasang Surut

Pernah tak anda dengar tak lagu ni,..

"air pasang pagi, surut pukul lima.
nyonya bangun pagi , siram pokok bunga.
pokok bunga melur, tanam tepi pantai,
itik bertelur ayam menetas ,..........."

Punya la feymes lagu ni, mesti anda tahu la. Bagi mereka-mereka yang taktahu lagu apa, anda kehilangan satu zaman yang penting dalam fasa hidup di Malaysia, iaitu zaman kanak-kanak Malaysia. Kalo negara lain, taktahu la lagu apa yg diorg layan. Baek. Bukan hendak bercerita mengenai asal-usul lagu air pasang pagi, tetapi fakta dan kebenaran yang ada yang diungkapkan melalui lagu ni. Saye memfokuskan kepada rangkap pertama sahaja, iaitu berkaitan air pasang surut. Jadi, mengenai nyonya, bunga melur, ayam dan juga itik, sama sekali tidak akan diceritakan. Harap maklum.

Masa belajar dahulu, masa sekolah lah, saye membayangkan bila mendengar orang kata "air pasang", fakta yang diketahui adalah aras air laut akan meningkat dari paras biasa. Kira air naik la. Terlintas juga dalam fikiran, "air pasang? ada paip ke dalam laut? mesti besar kan paip tu. Yela. Laut dah la besar giler. nak cover satu laut, memang besar la laut. so, hari-harilah kena buka tutup paip. Letih la gitu". Hahaha. Lawak sungguh pemikiran masa dahulu. siyes. ini je yang mampu berfikir mengenai air pasang.

Namun, secara saintifik, fenomena air pasang surut berlaku hampir tiap-tiap hari di Malaysia. Ia terhasil dari pergerakan bulan, bumi dan matahari. Apabila kedudukan bulan dihadapan bumi, maka berlakulah air pasang. Secara umumnya, situasi ini berlaku pada waktu malam. Sebab itu lah, pergerakan air atau ombak kelihatan lebih besar pada waktu malam.Pergerakan bulan juga menyebabkan graviti lebih kuat terhasil lantas menarik air lebih tinggi. Difahamkan, isi tanah juga tertarik dek graviti ini, namun disebabkan tanah bersifat padat, ia tidak begitu ketara sebagaimana air laut.

Jika kawasan laut di bumi berhadapan bulan akan mengalami air pasang, begitu juga air surut berlaku di kawasan yang bertentangan. Konsep yang jelas dan mudah. Sekiranya kedudukan bumi, bulan dan matahari sejajar, akan terjadi air pasang besar. Air pasang besar pula mampu menjadikan paras air laut meningkat lebih dari paras air pasang biasa. Jadi, berhati-hati apabila hampir tiba fenomena air pasang besar.


kesan air pasang besar di dungun, terengganu

SO, tu je la secara sedikit sebanyak mengenai air pasang. lepas ni, dah takpayah pikir mengenai paip dalam laut la ek. Semoga bermanfaat. Renungan bersama Allah menjadikan sesuatu dengan bijaksana dan berhikmah. Sesungguhnya ilmu Allah SWT bersifat mutlak. Amin. Sekian.

Saturday, January 28, 2012

cabaran minda

agak-agak anda power x? jo kite test sket "kosentrasi" anda.
- jawab spontan, jangan byk fikir,
- baca satu demi satu,
- concentrate!

- KITA MULA :
permainan konsentrasi warna :
1. Kertas A4 apa warna dia ?

2. Asap warna dia ?

3. Tisu warna dia apa ?

4. Lembu minum apa ?

yang jawab susu konsentrasi anda terganggu, sbb lembu minum air..


1. Rambut anda warna apa ?

2. Tulisan ini warnanya apa ?

3. Jalan raya warnanya apa ?

4. Kelawar tidurnya bila ?

yang jawab malam, ertinya kosentrasi anda terganggu. sbb kelawar tidur siang hari.


1. Warna cendol apa ?

2. Daun kelapa warnanya apa ?

3. Warna bagi kebanyakkan rumput ?

4. Harimau makananya apa ?

yang jawab rumput itu salah. sbb harimau makan daging.



mampu? tahniah untuk anda=-)

Thursday, January 26, 2012

dunia & realiti

masa kecik-kecik kan, kita blaja semua yang kita taktahu,. nak makan baca Bismillah. salam kena cium tangan. tak tau sket, kita tanye macam-macam sampai berbuih mak ayah kita nk jawab soklan yang same. masuk sekolah rendah, kita blaja matematik, sains, pendidikan agama tak terkecuali. kira sempurnalah pelajaran kita. pergi sekolah pun kita semua tau kita wajib tutup aurat. tahu mana batas aurat kita. sekolah menengah pn same. pakai tudung bg perempuan la, cantek molek aje. xkesah la ade pesen L ke, V ke. xde hal la tu, asalkan kita ikut ape yang peraturan suruh kita buat. laki pun same, main bola pakai seluar panjang, even ada la gak yg degil sket. tapi tu semua zaman persekolahan.

masa dah berlalu. masuk u je, or institusi lebih tinggi, segalanya berubah. awak yang cantik bertudung, tah mana pergi hilang tudung itu. awak yang sempurna rambut hitam, dah berkarat sekarang ni. sekarang peha, betis tayang xde malu punye dah.dulu rajin solat, sekarang wat2 dek je bile dengar azan. pelik la jugak kan. kenape ek?

kita ni, blaja mase skolah, adakah kena adaptasi masa tu sahaja? aurat, Islam dan segalanya. semua macam xde pape je bila kita buat taktahu or endahkan segala yang kita belajar dahulu. adakah apa yg kita belajar tiada nilainya? ke kena salahkan pihak sekolah sbb buat peraturan yg merimaskan? mak ayah kita habes beribu-ribu menanggung perbelanjaan kita. apa-apa pun, anda sendiri tahu jawapannya.

waktu kerja jangan cakaplah. mule-mule bertudung. pastu bukak. pastu terdedah. itu kaum hawalah. kaum adam plak, mule-mule baik. pastu degil, pastu pecah amanah. macam tu la kesimpulannya.

bukan untuk mengutuk sesiapa, cuma aku nk memperingatkan diri sndiri jugak. yela, kenkaang kita syok & leka je wat keputusan berasaskan nafsu. Ingat, kat dunia ni kejap je. lagipun, kita bukan hidup sorg. ramai lagi sekeliling kita. beringat sebelum kena. sekian.

Wednesday, January 18, 2012

sejarah dan kita.




mesti anda dah lupe ape yang anda belajar masa tingkatan kecik-kecik kan?
haha. boleh tahan la.

Ce Try Tengok Yang Ni Plak...

_i luv Islam