Wednesday, February 01, 2012

Fenomena Air Pasang Surut

Pernah tak anda dengar tak lagu ni,..

"air pasang pagi, surut pukul lima.
nyonya bangun pagi , siram pokok bunga.
pokok bunga melur, tanam tepi pantai,
itik bertelur ayam menetas ,..........."

Punya la feymes lagu ni, mesti anda tahu la. Bagi mereka-mereka yang taktahu lagu apa, anda kehilangan satu zaman yang penting dalam fasa hidup di Malaysia, iaitu zaman kanak-kanak Malaysia. Kalo negara lain, taktahu la lagu apa yg diorg layan. Baek. Bukan hendak bercerita mengenai asal-usul lagu air pasang pagi, tetapi fakta dan kebenaran yang ada yang diungkapkan melalui lagu ni. Saye memfokuskan kepada rangkap pertama sahaja, iaitu berkaitan air pasang surut. Jadi, mengenai nyonya, bunga melur, ayam dan juga itik, sama sekali tidak akan diceritakan. Harap maklum.

Masa belajar dahulu, masa sekolah lah, saye membayangkan bila mendengar orang kata "air pasang", fakta yang diketahui adalah aras air laut akan meningkat dari paras biasa. Kira air naik la. Terlintas juga dalam fikiran, "air pasang? ada paip ke dalam laut? mesti besar kan paip tu. Yela. Laut dah la besar giler. nak cover satu laut, memang besar la laut. so, hari-harilah kena buka tutup paip. Letih la gitu". Hahaha. Lawak sungguh pemikiran masa dahulu. siyes. ini je yang mampu berfikir mengenai air pasang.

Namun, secara saintifik, fenomena air pasang surut berlaku hampir tiap-tiap hari di Malaysia. Ia terhasil dari pergerakan bulan, bumi dan matahari. Apabila kedudukan bulan dihadapan bumi, maka berlakulah air pasang. Secara umumnya, situasi ini berlaku pada waktu malam. Sebab itu lah, pergerakan air atau ombak kelihatan lebih besar pada waktu malam.Pergerakan bulan juga menyebabkan graviti lebih kuat terhasil lantas menarik air lebih tinggi. Difahamkan, isi tanah juga tertarik dek graviti ini, namun disebabkan tanah bersifat padat, ia tidak begitu ketara sebagaimana air laut.

Jika kawasan laut di bumi berhadapan bulan akan mengalami air pasang, begitu juga air surut berlaku di kawasan yang bertentangan. Konsep yang jelas dan mudah. Sekiranya kedudukan bumi, bulan dan matahari sejajar, akan terjadi air pasang besar. Air pasang besar pula mampu menjadikan paras air laut meningkat lebih dari paras air pasang biasa. Jadi, berhati-hati apabila hampir tiba fenomena air pasang besar.


kesan air pasang besar di dungun, terengganu

SO, tu je la secara sedikit sebanyak mengenai air pasang. lepas ni, dah takpayah pikir mengenai paip dalam laut la ek. Semoga bermanfaat. Renungan bersama Allah menjadikan sesuatu dengan bijaksana dan berhikmah. Sesungguhnya ilmu Allah SWT bersifat mutlak. Amin. Sekian.

No comments:

Post a Comment

Ce Try Tengok Yang Ni Plak...

_i luv Islam