Monday, August 01, 2011

Ragam 31Julai


Salam Ramadhan semua. pagi 1 Ramadhan ni, baik aku post entry baru. Lebih baiklah dr tdo selepas subuh kan?? Hehe. Semalam 31julai merupakan hari yg SANGAT sibuk buat warga kerja carrefour sbb melayan karenah customer yg SANGAT ramai. maklumlah, hujung bulan sume gaji dah masuk, barang keperluan konpemlah dah habis. Tambahan pula, besoknye 1Jun, Ramadhan tiba. kena la beli barang untuk berpuasa.

Kalau setakat queue cam bese, takde hal la kan. tapi, pagi semalam, tetibe pula barang2 promosi buat hal. sepatutnya lebuh murah lah kan, tapi semua takturun harga. Haah, abes nak cakap satu-satu dengan customer. Mane tak bertambah panjang queue itu. lepas tu pulak, first time mase aku kerja, customer service queue sebab customers refund duit diorang. Ade lah sampai escalator tu.

Sume orang geleng kepale aje lah. Rata-rate member cashier lain macam dah habes suare ulang ayat sama. Ada kena maki, ada jugak nak kena saman. Biasalah, susah berurusan dengan orang yang xpaham situasi kita.Si Roller konpem letih parak, dah kalo berlambak barang nak kena cari. Leftover items tak sikit plak, dah kalau customer takjadi beli barang promosi tu. Saket2.

Aku dengar je sume perkara-perkara diatas. Sbb sebelum rehat, aku di kaunter durian. Nothing to be worry. hehe. Lepas rehat, ada lah satu dua item je problem, yang lain dah ok. Alhamdulillah lah. Namun, sedikit sebanyak mengajar erti sabar dan redha dengan apa yang berlaku. terima kasih Allah.

Tu je lah, saje nak berkongsi.


5 comments:

  1. : Alhamdulillah ... sedikit sebanyak dapatlah ia menguji kesabaran kita dalam melakukan sesuatu perkara ... kerana kerja itu juga merupakan satu Ibadah kepada Allah SWT ... walau apapun yang kita hadapi walau sesusah mana sekalipun pasti ada sebab yang munasabah Allah SWT sertakan ... Jadi kita sahabat2 yang tahu akan sesuatu perkara belaku hendaklah sentiasa kita redha & bersabar ... InsyaAllah pasti & pasti Allah akan memudahkannya kelak ... ia ibarat " Ujian adalah tarbiah dari Allah , apakah kita akan sabar atau sebaliknya ... Kesenangan yang datang selepas kesusahan atau Ujian adalah Nikmat dari Allah SWT kepada kita semua ... Ingatlah Amanah itu Amanah Allah SWT ... sebenarnya yang diberkan kepada kita semua ... Waallahualam ,,,

    ReplyDelete
  2. : Ragam 31Julai adalah satu coretan yang memberi kita sesuatu yang baru untuk kita pelajari kelak moga kita mudah tempuhi pada hari2 mendatang ...

    ReplyDelete
  3. : dan bertepatan dengan " experience needs sacrification.. no matter; it sacrifies money, time and our energy. experince can not be gained all time but it comes once a life time. learn and take it during your precious life as it is the perfect education. 1 more thing, think positive, talk less, but work more!!

    ReplyDelete
  4. : welcome ... Blog yang paling menarik dilayari diabad ini ... hingga tulisannya terbawa dalam sanubari ...

    ReplyDelete

Ce Try Tengok Yang Ni Plak...

_i luv Islam