5 april 2011, aku je sorg cashier yang masuk. credit to moorty krn tolong aku. sblum tu, reena asykin, shahirah dan aiman masuk keje gak. mau tak segan, slamber je lah wat keje macam bese. hari pertama dan kedua, maseh mnjadi packer. hari ketiga, barulah dpt bukak kaunter. hari keempat, hari kedua bukak kaunter dah short rm18.60. mau xlupe. tengs tu cekgu nabila yg ajar kira duit float. mase awal2 dlu, ramai org ada asal-usul dr pahang, sbg contoh salbiah, kak pah dan kak wati. tak silap, hari kelima kot, dah kena inventori stor. macam rekod plak sbb aku sorg je dak baru. aku bajet, ingat masuk cashier, tak delah terlibat ngn barang2 ni. rupenye, ade gak. ngantuk lah tak tdur malam.
revemping pun acara faveret dikala stor manager baru masuk. floor plan abes dirombak, terutama bahagian bazar, appliance dan grocery. aku, amin dan farid lah wakil besik bg department cashier.kena tolak itu dan ini. yg paling best, mase rehat makan ayam rendang. sampailah muak. haha. inventori ampang dan putrajaya, konpem aku gak pegi.
sejak masuk carrefour ni, aku tau selok belok management gak. Gelaran Carlie2 ni hari2 melekat dalam pale otak ni ha. charlie 1, charlie 2 sampai la charlie 6. bukan stakat cashier, tugas roller pun pernah aku wat. satu kerja yang memerlukan kepantasan berlari dan mndapatkan item yg ada problem dengan barcode. letih sangat pada weekend. paham-paham lah.
awal2 masuk dulu, sempat jugak join camping kat sg congkak. ramai yg hadir. makan barbeque, berborak( aku dengar je lah) dan mandi. memang sejuk. dari situlah, telinga kanan aku tersumbat. mahu sebulan mau elok. huh. kak wati plak, dah panggil aku "jawe" xabes2. katenye, muke macam jawe. papelah kak wati.
masuk je bulan 7, ramai berhenti. kelam kabut carrefour seketika. Fiza, Muzakkir, Iera, Mizi, Fathiha, Sal dan Aida yang berhenti tu. Mostly ramai sambung blaja, budak poli kan. Agak letih terasa krn kurangnya cashier. taklame, ade lah muke2 baru yng memberi bantuan spt irfan, Haziq, Wani, Atiqah, Aisyah, Shanti dan mansor. taklupe kepada farah dan juga Fai. tapi, masuk je bln 9 ni, sblum aku berhenti, diorg plak berhenti dulu iaitu mansor, haziq dan irfan.
kehadiran charlie 5 baru, Abg hafiz merubah segalanya. kasih sayang serta tindakan beliau yg amat ambil berat pasal aku, sungguh takboleh lupa. macam2 perkara, macam2 hal kami bualkan. smoga ukhwah terbina berkekalan.
spanjang 4bulan bekerja, alhamdulillah bulan ke 3 dpt best cashier elaun + sijil. dapat num nua dibelakang kak sanah dan didepan farah. kira ia satu motivasi utk lebih maju. takkesah la apa bidang, janji selesai. mudah je, buat keje kita, dan jangan susahkan org lain. knpem cemerlang. namun yg slek nye, mase keje ni lah gigi aku patah. xla sebiji, tp gigi depan yg nipis patah mase makan salak kat umah. dah hilang satu nikmat utk senyum. huhu. xpe, ade hikmah disitu=-).
ape-ape pun., terima kaseh pada sume yg sudi berkawan dengan cashier fadhli ni terutama staff2 appliance, bazar, grocery dan fresh . tak lupe amin , farid dan razif yang banyak mmbantu. cc spt kak ita, abg azrin, kak nora kak wati, sue, linda , azlan dan ariff pun byk bg bimbingan. cashier lain, kak sanah, nadia, kak reena, wani, atiqah, fai, farah, firdaus, shanti, navin, mariana, dayah dan sume lah, tengs byk2.
fesbuk carrefour pun ade, smoga takterputus ukhwah.=-)
No comments:
Post a Comment