teringat aku masa dulu, rmadhan ketika lingkungan umur sekecil bdak kecil sehingga 12tahun, pelbagai karenah yang terngiang-ngiang di benak fikiran. bermula sahur, rata-rata makan sambil pejam celik, memaksa diri utk berlatih makan sahur. ngantuk, sape tak ngantuk. mase darjah satu, pernah berpuasa di sesi persekolahan. tergugat jgak iman tengok budak2 sebaya berlegar2 sekitar kantin pada waktu rehat. takpuase! haish. sabar, tahan, nasib baik takterbuka.
waktu petang, dikala menunggu waktu berbuka, melayan televisyen sambil menghidu masakan mak. "mak, lame lg ke nak buka?". soklan besik yg menjadi perbualan ketika kebosanan. satu lg, tabiat. tiap kali ada iklan berkaitan waktu imsak berbuka, mesti tggu zon "daerah raub". oh, baru tau, ari ni bukak pukul sekian2. bg mengisi masa lapang, permainan waktu petang tak dilupakan. rumput tebal depan umah pakcik azman dan padang bola pusat pembiakan benih pintu padang mnjadi medan tempat bermain bola sepak. tak lupa, halaman depan umah tempat bermainnya rounders, baling selipar dan lumbe dashing car.
alhamdulillah, berjaya berpuasa ari ni. selepas solat maghrib, aktiviti wajib iaitu men mercun tak juga dilupakan. sumber mane dapat, tak payah ceritalah sebab lupa. dengan sekecil-kecil mercun padi, mercun papan, mercun roket, thundercat, gasing dan mercun bola menjadi santapan untuk berperang dengan org blakang rumah. bunga api pun ade gak. mane yg berani, rilek je pgg mercun papan kat tangan. mercun roket standard tarok kat bunga pasu mak, halakan pada langit dan bakar. mase tu, mercun bola menjadi mercun paling power di abad itu. xbanyak la main atas faktor mahal kot.dapat la dalam setengah jam bermain. seronok kot mase tu.
main2 jugak, nk masuk isyak, follow ayah g masjid untuk solat isyak dan tarawikh. saket kaki sbb takbese. biasalah, awal-awalkan. lagipun, masih kecil waktu tu. pastu, makan moreh. macam-macam ade mase moreh tu. meriah gak dengar pakcik2 berborak2.
ayah pun berborak2. seronok.
apa-apa pun, akr bersyukur ke hadrat Ilahi kerana maseh diberi kesempatan untuk bertemu lagi ramadhan kali ini. walaupun sibuk bekerja, mudah-mudahan aku taklupa kewajipan yang asal. InsyaAllah.
Wednesday, August 17, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ce Try Tengok Yang Ni Plak...
-
salam sume,. kali ni, aku nk berkongsi mengenai komik yg baru menambat hati aku utk mmbaca sekaligus meminati karya2 yg amat STYLE. komik yg...
-
Pernah tak anda dengar tak lagu ni,.. "air pasang pagi, surut pukul lima. nyonya bangun pagi , sira...
-
Mesti ada dari kita nak tau adakah henpon kite ni ORI set ke AP set kan? Adalah aku terbaca dan diharapkan note dibawah membantu lah ek. ...
-
korg tau x ape tu ANIME? ramai yg kecoh sal anime kan? ok-Lah, anime ni merupakan animasi (kire cartoon-Lah) yg berasal dr Jepun. asalnye di...
-
hah? pemimpin? cincin? bukan. pemimpin didefinisikan sebagai seseorang yang dilantik oleh sekumpulan manusia untuk memerintah dlm melaksanak...
No comments:
Post a Comment