Wednesday, August 31, 2011

salam lebaran!


assalamualaikum.

selamat hari raya ke 3. mungkin hari pertama dan ketiga sudah lepas, tapi ari ni maseh hari raya kan? =) chill aja ek. btw, amacam raya anda>? mesti pelbagai kesah dan ragam kan? smoga ceria2 selalu okai=-). saya pun sama, ada cita yang baek punye.

raya ni, semua org ada. bukan masa raya, masa sblum raye. 27hb, sabtu semua adekberadik balik ke teratak ulugali ni haa. angah 1st time dapat cuti raya, tu yg best bg dia dan semua. mak pun suh anak2 dia balik, sbb mau bergambar secara ramai. meriah, ramai ada, termasuk 7adekberadek, 5akak ipar dan 8anak buah. huu. best.

dapat jugak kami bergambar. maknanya, baju raya tu dah dirasmikan sblm raye lah. takkesah lah, asalkan best. ahad, de balik ke maran dulu dan alang pulang ke kedah. mreka akan kembali pd raya ke3. along ada kat sini sampai raye ke2. angah ade raya pertama. iz skejap kat sini, skejap kat dong.

kat bawah ni, ada gambar2. sume dah disekalikan. malas upload byk2. =-)


keluarga besar kami.


barisan anak buah=-)


small family to the biggest one=-)

smoga raya anda diberkati dan dirahmati,. ingat, raye ni lah masa nk jumpe sedara, kawan lama mahupun baru. jgn dok umah tgok tb je. sekian=-)

Friday, August 26, 2011

Carrefour Bandar Tun Hussien Onn

officially. 24 Ogos 2011, tamat sudah perkhidmatan cashier A56851 213 di sini. hampir 4bulan, pelbagai pengalaman dan peristiwa ditempuhi.

5 april 2011, aku je sorg cashier yang masuk. credit to moorty krn tolong aku. sblum tu, reena asykin, shahirah dan aiman masuk keje gak. mau tak segan, slamber je lah wat keje macam bese. hari pertama dan kedua, maseh mnjadi packer. hari ketiga, barulah dpt bukak kaunter. hari keempat, hari kedua bukak kaunter dah short rm18.60. mau xlupe. tengs tu cekgu nabila yg ajar kira duit float. mase awal2 dlu, ramai org ada asal-usul dr pahang, sbg contoh salbiah, kak pah dan kak wati. tak silap, hari kelima kot, dah kena inventori stor. macam rekod plak sbb aku sorg je dak baru. aku bajet, ingat masuk cashier, tak delah terlibat ngn barang2 ni. rupenye, ade gak. ngantuk lah tak tdur malam.

revemping pun acara faveret dikala stor manager baru masuk. floor plan abes dirombak, terutama bahagian bazar, appliance dan grocery. aku, amin dan farid lah wakil besik bg department cashier.kena tolak itu dan ini. yg paling best, mase rehat makan ayam rendang. sampailah muak. haha. inventori ampang dan putrajaya, konpem aku gak pegi.

sejak masuk carrefour ni, aku tau selok belok management gak. Gelaran Carlie2 ni hari2 melekat dalam pale otak ni ha. charlie 1, charlie 2 sampai la charlie 6. bukan stakat cashier, tugas roller pun pernah aku wat. satu kerja yang memerlukan kepantasan berlari dan mndapatkan item yg ada problem dengan barcode. letih sangat pada weekend. paham-paham lah.

awal2 masuk dulu, sempat jugak join camping kat sg congkak. ramai yg hadir. makan barbeque, berborak( aku dengar je lah) dan mandi. memang sejuk. dari situlah, telinga kanan aku tersumbat. mahu sebulan mau elok. huh. kak wati plak, dah panggil aku "jawe" xabes2. katenye, muke macam jawe. papelah kak wati.



masuk je bulan 7, ramai berhenti. kelam kabut carrefour seketika. Fiza, Muzakkir, Iera, Mizi, Fathiha, Sal dan Aida yang berhenti tu. Mostly ramai sambung blaja, budak poli kan. Agak letih terasa krn kurangnya cashier. taklame, ade lah muke2 baru yng memberi bantuan spt irfan, Haziq, Wani, Atiqah, Aisyah, Shanti dan mansor. taklupe kepada farah dan juga Fai. tapi, masuk je bln 9 ni, sblum aku berhenti, diorg plak berhenti dulu iaitu mansor, haziq dan irfan.

kehadiran charlie 5 baru, Abg hafiz merubah segalanya. kasih sayang serta tindakan beliau yg amat ambil berat pasal aku, sungguh takboleh lupa. macam2 perkara, macam2 hal kami bualkan. smoga ukhwah terbina berkekalan.



spanjang 4bulan bekerja, alhamdulillah bulan ke 3 dpt best cashier elaun + sijil. dapat num nua dibelakang kak sanah dan didepan farah. kira ia satu motivasi utk lebih maju. takkesah la apa bidang, janji selesai. mudah je, buat keje kita, dan jangan susahkan org lain. knpem cemerlang. namun yg slek nye, mase keje ni lah gigi aku patah. xla sebiji, tp gigi depan yg nipis patah mase makan salak kat umah. dah hilang satu nikmat utk senyum. huhu. xpe, ade hikmah disitu=-).









ape-ape pun., terima kaseh pada sume yg sudi berkawan dengan cashier fadhli ni terutama staff2 appliance, bazar, grocery dan fresh . tak lupe amin , farid dan razif yang banyak mmbantu. cc spt kak ita, abg azrin, kak nora kak wati, sue, linda , azlan dan ariff pun byk bg bimbingan. cashier lain, kak sanah, nadia, kak reena, wani, atiqah, fai, farah, firdaus, shanti, navin, mariana, dayah dan sume lah, tengs byk2.
fesbuk carrefour pun ade, smoga takterputus ukhwah.=-)


Monday, August 22, 2011

Kisah Guru Dan Murid

Seorang guru pernah bertanya pada anak muridnya, "Adakah kamu semua menyayangi diri sendiri?"

Dan para murid menjawab, "Ya! Kami sayang diri kami!"

Ujar guru itu, "Bagaimana cara kamu semua menyayangi diri sendiri?"

"Belajar sungguh-sungguh!"

"Jaga hati!"

"Pakai topi keledar!''

Maka kata si guru,

"Benar. Tetapi ia lebih dari itu. Terimalah diri kamu, tiada manusia yang sempurna. Hormatlah maruah kamu, ia tidak pernah meminta untuk diragut melainkan kamu yang membiarkannya. Berikan galakan kepada diri kamu, galakan orang lain tidak cukup buatmu. Rancangkan kejayaan buat diri kamu, jangan biar diri kamu gagal kerana kegagalan yang diterima."


* Positifkan diri anda, nescaya segala kesulitan dapat diatasi. sumber dr iluvIslam.=-)

Wednesday, August 17, 2011

suatu ketika- ramadhan

teringat aku masa dulu, rmadhan ketika lingkungan umur sekecil bdak kecil sehingga 12tahun, pelbagai karenah yang terngiang-ngiang di benak fikiran. bermula sahur, rata-rata makan sambil pejam celik, memaksa diri utk berlatih makan sahur. ngantuk, sape tak ngantuk. mase darjah satu, pernah berpuasa di sesi persekolahan. tergugat jgak iman tengok budak2 sebaya berlegar2 sekitar kantin pada waktu rehat. takpuase! haish. sabar, tahan, nasib baik takterbuka.

waktu petang, dikala menunggu waktu berbuka, melayan televisyen sambil menghidu masakan mak. "mak, lame lg ke nak buka?". soklan besik yg menjadi perbualan ketika kebosanan. satu lg, tabiat. tiap kali ada iklan berkaitan waktu imsak berbuka, mesti tggu zon "daerah raub". oh, baru tau, ari ni bukak pukul sekian2. bg mengisi masa lapang, permainan waktu petang tak dilupakan. rumput tebal depan umah pakcik azman dan padang bola pusat pembiakan benih pintu padang mnjadi medan tempat bermain bola sepak. tak lupa, halaman depan umah tempat bermainnya rounders, baling selipar dan lumbe dashing car.

alhamdulillah, berjaya berpuasa ari ni. selepas solat maghrib, aktiviti wajib iaitu men mercun tak juga dilupakan. sumber mane dapat, tak payah ceritalah sebab lupa. dengan sekecil-kecil mercun padi, mercun papan, mercun roket, thundercat, gasing dan mercun bola menjadi santapan untuk berperang dengan org blakang rumah. bunga api pun ade gak. mane yg berani, rilek je pgg mercun papan kat tangan. mercun roket standard tarok kat bunga pasu mak, halakan pada langit dan bakar. mase tu, mercun bola menjadi mercun paling power di abad itu. xbanyak la main atas faktor mahal kot.dapat la dalam setengah jam bermain. seronok kot mase tu.

main2 jugak, nk masuk isyak, follow ayah g masjid untuk solat isyak dan tarawikh. saket kaki sbb takbese. biasalah, awal-awalkan. lagipun, masih kecil waktu tu. pastu, makan moreh. macam-macam ade mase moreh tu. meriah gak dengar pakcik2 berborak2.
ayah pun berborak2. seronok.

apa-apa pun, akr bersyukur ke hadrat Ilahi kerana maseh diberi kesempatan untuk bertemu lagi ramadhan kali ini. walaupun sibuk bekerja, mudah-mudahan aku taklupa kewajipan yang asal. InsyaAllah.

Saturday, August 06, 2011

Gambaran Hari Kiamat

*dipetik dari halaman facebook, Aida Cutes

Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.

② Doa anak²nya yang soleh.

③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

sumber daripada : Amar Sufi

Wednesday, August 03, 2011

pening!!

taktahu nk pilih mane satu. dua-dua harga sama, wifi sama dan 2.0cam same. cube tgok ni gsmarena, ape kate korg?


samsung corby 2 s3850




nokia c3

pening2.

Monday, August 01, 2011

Ragam 31Julai


Salam Ramadhan semua. pagi 1 Ramadhan ni, baik aku post entry baru. Lebih baiklah dr tdo selepas subuh kan?? Hehe. Semalam 31julai merupakan hari yg SANGAT sibuk buat warga kerja carrefour sbb melayan karenah customer yg SANGAT ramai. maklumlah, hujung bulan sume gaji dah masuk, barang keperluan konpemlah dah habis. Tambahan pula, besoknye 1Jun, Ramadhan tiba. kena la beli barang untuk berpuasa.

Kalau setakat queue cam bese, takde hal la kan. tapi, pagi semalam, tetibe pula barang2 promosi buat hal. sepatutnya lebuh murah lah kan, tapi semua takturun harga. Haah, abes nak cakap satu-satu dengan customer. Mane tak bertambah panjang queue itu. lepas tu pulak, first time mase aku kerja, customer service queue sebab customers refund duit diorang. Ade lah sampai escalator tu.

Sume orang geleng kepale aje lah. Rata-rate member cashier lain macam dah habes suare ulang ayat sama. Ada kena maki, ada jugak nak kena saman. Biasalah, susah berurusan dengan orang yang xpaham situasi kita.Si Roller konpem letih parak, dah kalo berlambak barang nak kena cari. Leftover items tak sikit plak, dah kalau customer takjadi beli barang promosi tu. Saket2.

Aku dengar je sume perkara-perkara diatas. Sbb sebelum rehat, aku di kaunter durian. Nothing to be worry. hehe. Lepas rehat, ada lah satu dua item je problem, yang lain dah ok. Alhamdulillah lah. Namun, sedikit sebanyak mengajar erti sabar dan redha dengan apa yang berlaku. terima kasih Allah.

Tu je lah, saje nak berkongsi.


Ce Try Tengok Yang Ni Plak...

_i luv Islam