Selain itu perbuatan mencarut akan mengurangkan rasa hormat orang ramai terhadap diri seseorang. Seseorang itu dianggap kurang beradab, dan mempunyai mentaliti yang kurang matang.Bagi individu yang terlibat, mungkin mencarut dapat melepaskan tekanan yang dialaminya.Tak tahulah samada ia benar atau tak, namun tekanan masih ada sekiranya sekesat-kesat manapun perkataan dikeluarkan. Kebiasaan, perkataan "babi", "sial", "bodoh" dan seangkatan dengannya kerap dilemparkan untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sesuatu.
Mungkin ada dari kita yang dah biasa, dan diingatkan juga, jangan sampai kita melemparkan ayat-ayat ni kepada sesuatu ujian yang Allah beri kepada kita. Takut-takut kita berputus asa pada jalan-Nya. Dalam Islam juga, mengeluarkan kata-kata kesat, cacian dan makian adalah sesuatu yang terhina.
Allah berfirman yang bermaksud:
"Kecelakaan besarlah bagi tiap-tiap pencaci dan pengkeji." (al-Humazah: 1)
Semoga kita ambil iktibar, hentikan perbuatan mencarut kerana ia hanya merosakkan martabat dan melambangkan mentaliti yang rendah. Sabar dan berfikir terhadap setiap kejadian yang menimpa kita, baik perkara yang elok mahupun tidak. Jangan sampai sudah terbiasa mencarut, sampai ke tua pun tak kan mudah hilang dari percakapan kita.
"Ya Allah, peliharalah lidah kami"
Sekadar perkongsian.
No comments:
Post a Comment