Wednesday, July 27, 2011

klik2 reunion.:part 2

secara rasmi, malas dah nak cerita semua macam pasal reunion ni. dekat blog FIMS aku da tarok. nak bace klik sini. more pics,...






















credit la gak kpd cameraman, camerawomen. tanpa mereka, tiada kenangan.


Tuesday, July 26, 2011

klik2 reunion.

fims wat reunion lagi?? takpe, usha2 la gambar dulu ek. len mase, aku cite full story.


sakan borak yek. maklumlah, byk point katenye.


ewh2 deme ni,. xmengalah


nice kan? cam gotong royong perdane plak



credit utk semua yg hadir n menjayakan reunion port dickson 23-24jul 2011.

Sunday, July 17, 2011

masalah?

kauorang ada masalah? serius tipu kalo kau cakap, "aku tak da masalah". tiap-tiap hari mesti je ada masalah. bukan masalla ok, masa-alah. tau? tak pe. masalah selalunya menyulitkan si penerima. menjadikan hidup tak senang, mandi basah tak basah dan selalu memikirkan sesuatu. selalu cakap "camne ek", "adeh", "heh" , "stress aku" dan sebagainya. macam-macam boleh jadi masa ada masalah. merungut je tau, kebiasaan tabiat kita.

masalah menjadikan seseorang tu kuat. bukan kuat fizikal, kuat untuk menghadapi segala cabaran dan rintangan dalam hidup. kira matang lah tuu. bergantung pada kita, bagaimana nak selesaikan masalah tu. merungut bukan penyelesaian kerana ia sekadar menzahirkan kerisauan bukan menghilangkannya.

masalah juga satu pengalaman. sesuatu yang akan dikenang pada masanya. mungkin dulu kita gagal, lemah namun peristiwa itu membangkitkan kita. selepas merujuk iluvislam, ni ada 6cara untuk berjaya.

1. Setiap Insan Yang Hidup Mempunyai Masalah
2. Setiap Masalah Mempunyai Jangka Masa Yang Terhad
3. Setiap Masalah Harus Mempunyai Pengaruh Positif
4. Setiap Masalah Boleh Mengubah Sikap Anda
5. Anda Boleh Buat Pilihan Untuk Mengawal Masalah
6. Setiap Masalah Mempunyai Tindak Balas Yang Negatif dan Positif

semua diatas cuma tajuk point. penjelasan,layari iluvislam. ape-ape,ade hikmah masalah diberi kepada kita. positifkan diri, terima dan cuba selesaikan masalah.

"lari bukan cara menyelesaikan masalah"


kami tak tensen pun. chill aja!

sekadar perkongsian.


Wednesday, July 13, 2011

MENGAPA HAWA TERCIPTA SAAT ADAM TERTIDUR..?

Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya,, Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebus nya dengan kehidupannya.

Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikan nya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang istri yang penurut. Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksud nya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki. Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang ,,,,


dipetik dari note kat fesbuk ni. best. untuk perkongsian.

Saturday, July 09, 2011

2nd leg chinese taipei vs malaysia: sesuatu untuk dikenang

harap tak terlambat untuk berkata mengenai perlawanan yang lepas. biarpun Malaysia kalah 2-3 di halaman Taiwan, namun Malaysia mampu lagi layak ke pusingan seterusnya. Ia ditentukan dengan jumlah jaringan ditempat lawan. Namun, game di antara Chinese Taipei dan Malaysia, ada sesuatu yang tak boleh dilupakan. Gol cantik dari pemain Malaysia, Aidil Zafuan dan Shafiq Rahim.Memang cantik. Ala Gerard dan style EPL. Tengok lah dulu.

Gol Pertama dari Aidil ZAfuan.



Gol Kedua Shafiq Rahim



Amacam? Mengancam tak gol mereka? Kau bleh buat? haha

Secara keseluruhan, pertahanan masih goyah dan leka dengan setiap pergerakan dalam permainan. Keputusan pengadil yg memperlihat berat sebelah tidak mampu mengubah rezeki Malaysia beraksi di peringkat seterusnya,. Malaysia akan bertemu Singapura bagi kelayakan Piala Dunia. Diharap Malaysia dapat memperkemas segala percaturan dan strategi yang ada. Gol Cantek yang dah ada diharapkan bukan lah gol nasib, tetapi mampu dihasilkan untuk game yang akan datang.

GO HARIMAU MALAYA!

Monday, July 04, 2011

mencarut

assalamualaikum. post kali ni just mahu berkongsi topik mengenai perbuatan mencarut yang acapkali kita dengar atau barangkali kita sendri yg buat. mengikut sumber topik dari iluvislam, perbuatan mencarut merujuk kepada perlakuan yang mengeluarkan kata-kata kesat. Tidak kiralah situasi yang normal atau dalam keadaan bengang sekalipun, mencarut tetap diklassifikasikan sebagai tindakan yang tidak wajar kerana ia hanya melambangkan kegopohan serta keegoan seseorang individu.

Selain itu perbuatan mencarut akan mengurangkan rasa hormat orang ramai terhadap diri seseorang. Seseorang itu dianggap kurang beradab, dan mempunyai mentaliti yang kurang matang.Bagi individu yang terlibat, mungkin mencarut dapat melepaskan tekanan yang dialaminya.Tak tahulah samada ia benar atau tak, namun tekanan masih ada sekiranya sekesat-kesat manapun perkataan dikeluarkan. Kebiasaan, perkataan "babi", "sial", "bodoh" dan seangkatan dengannya kerap dilemparkan untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sesuatu.

Mungkin ada dari kita yang dah biasa, dan diingatkan juga, jangan sampai kita melemparkan ayat-ayat ni kepada sesuatu ujian yang Allah beri kepada kita. Takut-takut kita berputus asa pada jalan-Nya. Dalam Islam juga, mengeluarkan kata-kata kesat, cacian dan makian adalah sesuatu yang terhina.

Allah berfirman yang bermaksud:

"Kecelakaan besarlah bagi tiap-tiap pencaci dan pengkeji." (al-Humazah: 1)

Semoga kita ambil iktibar, hentikan perbuatan mencarut kerana ia hanya merosakkan martabat dan melambangkan mentaliti yang rendah. Sabar dan berfikir terhadap setiap kejadian yang menimpa kita, baik perkara yang elok mahupun tidak. Jangan sampai sudah terbiasa mencarut, sampai ke tua pun tak kan mudah hilang dari percakapan kita.

"Ya Allah, peliharalah lidah kami"

Sekadar perkongsian.

Saturday, July 02, 2011

kuning.


pelik bin ajaib. keupayaan satu "perhimpunan" mampu menakutkan dan mencuakkan semua pihak. bkn setakat "perhimpunan" saja, malah sape2 yg pakai baju warna kuning pun diorg rembat. sejak dua menjak ni, "massa" penuh memainkan laporan mengenai tangkapan dan penahanan mengenai kelompok kumpulan yang terlibat dengan penganjurannya. satu negara termasuk semua orang menjadikan perhimpunan ni satu medan utk menggantung @ menyenaraihitam individu yg terlibat. kenapa "perhimpunan" ni nak jugak diadakan? nak tahu, jangan tanya terus kat "massa". "massa" cuma "pihak" itu. pro-"pihak". kalo tanya "massa", dia akan bg banyak alasan yg negatif sekaligus memperlihat "perhimpunan" ni xsepatutnya diadakan. bukak minda, explore kenapa org2 ini nak buat juga "perhimpunan" ni. mesti ada sebab dan tujuan. tak da tujuan, baik duduk rumah men facebook je. kita org terpelajar, jangan mudah kena tipu. oklah, kang elaborate lebih2, takut kena tangkap. hee. fikir-fikirkan.

julai.

pejam celik pejam celik, dah 2 julai ari ni. kira dah masuk syaban dah pun. keje masih keje, dapat lah rase gaji. bukan menyangkal, cuma mungkin terlebih-lebih memikirkan gaji yg bakal masuk dahulu, tetapi tidak setimpal apa yang difikirkan. xpelah, bersyukur lah Zulfadhli Rusydi. nak setelkan yg penting dahulu, jangan ikut nafsu ok(wlaupun c6 cam memanggil2.,,huu). so, far, da kira 2 bulan keje, ok lah. still bertanggungjawab ( mudah-mudahan) dengan tugasan. xlah stress mane, adat bekerja lah. yg penting kita positif je, jangan menyusahkan hidup org lain. diorang heppy, kita lagi heppy=-) smoga bulan ni lebih baik dr bulan lepas. Mudah-mudahan.

Ce Try Tengok Yang Ni Plak...

_i luv Islam