Thursday, June 30, 2011

credit for Harimau Malaya!!

malam tadi berlangsungnya perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 antara Malaysia dan Chinese Taipei (Taiwan la tu). Aku tak dapat tengok full, cume beberapa minit kerana terlibat dengan inventori mlm td. first 2o minit pertama, game agak baik dimana kedua-dua pasukan mengasak. mistake dan try berbahaya Taiwan pun ade gak lah cuma rezeki dipihak Malaysia. Rupe-rupanya, seawal minit ke-28, Safiq Rahim menjaringkan gol yg cantek. macam epl la wa cakap. Pastu, tandukan Aidil Zafuan pun mengancam jgak. Akhirnya gol saguhati dari setpiece yg cantik serta kelalaian defend Malaysia pada minit ke 78 kalo xsilap. Even tgk kat tenet je, tapi rasa puas gak la( yelah, dah menang, puas lah kan). aku pun tak tahu, aku rase cam aku dah ade semangat bola Malaysia membuak-buak dah sekarang ni. Mutu pun da meningkat walaupun cara Malaysia main macam tu jugak kan. At least ade improvement kan. sebelum match ni pun, untuk kelayakan Sukan Olimpik, Malaysia berjaya mara selepas menundukkan Lubnan 2-1 di Bukit Jalil. Best lah. Ni yg membuatkan aku nak cari jersi Malaysia. downtown sudah. haha. Papepun,kat sini aku sertakan highlight gol2 yang dijaringkan malam td. (maaf tak jelas, sumber dari bro fitri hadi).











perlawanan timbalbalik di Taipei ahad ni sedikit sebanyak merisaukan dengan bekalan gol 2-1. menang, menang, dan menang. tu je aku mintak. semoga Harimau Malaya terus maju dan tidak sekadar jaguh kampung. Amin.

Wednesday, June 29, 2011

hujan.

pagi2 hari ni dah hujan. betul2 sebelum mau gerak kerja. hm. dalam jangkaan, hujan cuma renyai. tanpa berfikir panjang, terus start motor dan memulakan perjalanan. tanpa disangka, hujan lebat datang dalam perjalanan. berbelah bagi nak terus ke balik semula. dah basah kuyup pun nak g keje ke? adui. malang, terpaksa patah balik. bukan ingin merpesalahkan hujan, tidak sama sekali. menyalahkan diri kerana tergopoh-gapah dalam membuat keputusan. tidak berfikir panjang, dan terlalu terburu-buru. nampak gaya, aku bukan dikalangan manusia yg berjaya lagi. terlalu jauh dan banyak untuk dipelajari. kita pun sama, dalam satu2 masa, kita merasakan kita mampu, boleh dan tak perlu diajar. kita dilekakan dengan nafsu serta ego yg tinggi mengatakan keupayaan kita adalah segalanya. Namun, Allah memberi ruang dan peluang melalui setiap ujian yang diberikan-Nya. orang lain lagi baik dari kita. kita apa ada? renung kan,.=-)

Monday, June 27, 2011

atuk2.

semoga atuk cepat sembuh ek. atuk jatuh minggu lepas. pastu dah xle gerak macam dulu. dah boleh consider strok lah. tapi xde lah strok yang teruk, masih lagi boleh gerak sket2. cakap pun da bukan macam dulu. sian atuk, maaflah tak dapat nak jaga atuk wat mase ni. dulu atuk lah yg amek dan antar zul g tadika, sama2 jaga zul mase kecik sampai umur 5taun. semoga takde ape2 yg menghalang atuk dari sembuh melainkan satu ujian dari yang Maha Esa. Ya Allah, berikanlah kesihatan kepada atukku. Sama-sama kita berdoa ok =-(

Wednesday, June 22, 2011

ubahsuai

aduyai. pening lah kepale camne nak bagi smart blog ku ini. tak tahu dah design ape nak letak. terase jeles plak tgok blog yg smart2 ni. takpelah, asalkan ade input kan. buat ape lawa-lawa, tapi entry syok sendiri kan. hehe. suka hati mereka lah nak post ape. jadi, InsyaAllah entry terbaru akan menyusul. cuma nak bagitau, saya tak sehebat blogger lain, dan jangan mengharapkan kelainan yang melebih-lebih k. ape pandangan kau orang??
sekian=-)

Thursday, June 16, 2011

baikpulih blog!


Maaf, blog dalam proses baikpulih. Akan kembali tidak lama lagi=-)


Wednesday, June 15, 2011

nak beza ORI & AP?

Mesti ada dari kita nak tau adakah henpon kite ni ORI set ke AP set kan? Adalah aku terbaca dan diharapkan note dibawah membantu lah ek.

Sebelum tu, kita tengok dulu perbezaan Original Set dengan AP set.

Original Set

Brand=authorized distributors

1. Nokia = Zitron, Avaxx and i-Mobile.

2. Sony Ericsson = T-Choice, Grandtech, Midlands and Thorus.

3. Samsung = First Mobile Group (FMG) , 18 months warranty.

4. Blackberry = Brightstar.

5. Motorola = Satellite Technics, Zitron and MDM.

6. Siemens = Zitron and FMG.

7. Panasonic = Zitron.

8. LG = Zitron.

* u can service your phone at any service centres (Nokia Professional Centre, Sony Ericsson Certified Service Centres...)

* 1 year warranty for the full set including charger, battery, handsfree.

*genuine parts are used for repairing.

AP Set

- Approval Products

- mainly imported from oversea and sell it to the consumers.

- AP set warranty by companies such as Final Choice, CSL, Nefion, Telstra, GTMax...etc

- 1 year warranty for the phone and 1 month for the accessories like charger, battery, handsfree.

- u must bring your phone back to the place u bought the phone for servicing.

Water Set

- Stolen / Brought in / Bought from oversea without paying tax also getting approval from SIRIM. Considered as Illegal. Mostly brought in by student studying oversea.

- Phones can be brought in from oversea by anyone under household personal effect, which means they are not for commercial purpose. But when they are brought in under that effect, but ended up for commercial purpose, then the phone is considered illegal to be sold, known as "waterset".

Jadi, kat bawah ni cara nak cek henpon anda set apa.

selamat mencuba !

- keluarkan sarung hp dan bateri

-seperti yg dinyata diatas, ori set dilekatkan dengan pelekat syarikat2 yang didaftarkan (Zitron, Avaxx, T-Choice, Midland...)

-AP set pula dilekatkan dengan pelekat syarikat AP (Final Choice...)

- dail *#06# utk cek phone 15 digit serial number (IMEI).

- bandingkan nombor yang tertera dengan IMEI yang ada pada belakang henpon dan juga kotak pakej.

- untuk original set, kedua-dua siri nombor adalah SAME. =-)

Ce Try Tengok Yang Ni Plak...

_i luv Islam