Wednesday, June 29, 2011

hujan.

pagi2 hari ni dah hujan. betul2 sebelum mau gerak kerja. hm. dalam jangkaan, hujan cuma renyai. tanpa berfikir panjang, terus start motor dan memulakan perjalanan. tanpa disangka, hujan lebat datang dalam perjalanan. berbelah bagi nak terus ke balik semula. dah basah kuyup pun nak g keje ke? adui. malang, terpaksa patah balik. bukan ingin merpesalahkan hujan, tidak sama sekali. menyalahkan diri kerana tergopoh-gapah dalam membuat keputusan. tidak berfikir panjang, dan terlalu terburu-buru. nampak gaya, aku bukan dikalangan manusia yg berjaya lagi. terlalu jauh dan banyak untuk dipelajari. kita pun sama, dalam satu2 masa, kita merasakan kita mampu, boleh dan tak perlu diajar. kita dilekakan dengan nafsu serta ego yg tinggi mengatakan keupayaan kita adalah segalanya. Namun, Allah memberi ruang dan peluang melalui setiap ujian yang diberikan-Nya. orang lain lagi baik dari kita. kita apa ada? renung kan,.=-)

3 comments:

  1. : " Ujian adalah tarbiah dari Allah SWT , apakah kita akan sabar ataupun sebaliknya Kesenangan yang datang selepas Kesusahan adalah Nikmat dari Allah SWT ...

    ReplyDelete
  2. : Alhamdulillah ... Moga kita semua diberkati & dirahmati Allah SWT ... Abg yakin dengan Allah SWT sentiasa bersama2 mereka yang Ikhlas dalam apa yang dilakukan ... samalah kita berusaha meningkat Keimanan & Ketaqwaan kita akan Allah SWT ... (Kekanda Muhammad) ...

    ReplyDelete

Ce Try Tengok Yang Ni Plak...

_i luv Islam