Hari ni 16mei kan? Jadi, selamat hari guru lah kepada semua insan yang bergelar pendidik di seluruh Malaysia. Termasuklah ayah saya jugak, Cikgu sakhaban. Jasa mereka sangat lah besar. Bersusah payah, bersengkang mata demi memastikan anak didik mereka Berjaya hingga ke satu tahap yang dibanggakan. Mereka kena sabar mengajar, menanda kertas dan mengadakan kelas insentif yang konpem mengorbankan masa cuti dan masa bersama keluarga. Belum masuk lagi kes pelajar-pelajar yang degil, dan susah mendengar kata, sudah tentu menguji kesabaran mereka. Saye nak ucapkan terima kasih banyak2 kat cikgu-cikgu dari tadika kemas pintu padang, sekolah kebangsaan ulu gali, sekolah kebangsaan temin , sekolah kebangsaan karak dan sekolah menengah sains tengku Abdullah atas segala susah payah mereka semua mengajar insan ini. Saye nk mintak maaf jgak sekiranya terdapat segala tutur kata dan tingkah laku yang menyakiti hati cikgu2 semua. Atas usaha cikgulah, saya berada di tempat sekarang, di menara gading. Sesungguhnya, saya masih kecil dahulu, tak pandai dan tak tahu menghargai kehidupan sebenar sehinggalah saya benar2 tahu apa yang diberikan oleh cikgu-cikgu sekalian. Banyak kesalahan jika dikenang sepanjang persekolahan dahulu. Khusus utk cikgu2 di SEMESTA, sy bukan ketua dan pelajar yang cikgu harap-harapkan pada masa dahulu. . Kini saya sedar, banyak perkara yang serba kekurangan dan tidak mencapai apa yang diperlukan. Namun, pengalaman memberi pengajaran kepada saya. Kesalahan atau kesilapan yang kami pelajar lakukan sebenarnya tidak mengerti kebenaran yg sebenar dan memerlukan bimbingan cigu semua. Semoga cikgu-cikgu lebih tabah dan sabar menangani karenah pelajar yang sekarang ni lebih “manja” dan tak boleh ditegur ni. Sekian. terima kasih cikgu! Pengorbanan yang dicurahkan tak akan kami lupai. Semoga Allah SWT merestui dan memberi rahmat kepada golongan manusia yang bernama pendidik. Amin.,..
Monday, May 16, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ce Try Tengok Yang Ni Plak...
-
salam sume,. kali ni, aku nk berkongsi mengenai komik yg baru menambat hati aku utk mmbaca sekaligus meminati karya2 yg amat STYLE. komik yg...
-
Pernah tak anda dengar tak lagu ni,.. "air pasang pagi, surut pukul lima. nyonya bangun pagi , sira...
-
Mesti ada dari kita nak tau adakah henpon kite ni ORI set ke AP set kan? Adalah aku terbaca dan diharapkan note dibawah membantu lah ek. ...
-
korg tau x ape tu ANIME? ramai yg kecoh sal anime kan? ok-Lah, anime ni merupakan animasi (kire cartoon-Lah) yg berasal dr Jepun. asalnye di...
-
hah? pemimpin? cincin? bukan. pemimpin didefinisikan sebagai seseorang yang dilantik oleh sekumpulan manusia untuk memerintah dlm melaksanak...
nice post.. !!
ReplyDelete