Saturday, May 21, 2011

yang terindah=-)

disebabkan lagu sebelum ni dah lame, so, nak tukar lagu lah. ost adamaya. nice lah lagu ni=))) jom nyanyi.

Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Maaf jika ku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran

Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah

Nice kan?=-)


Monday, May 16, 2011

selamat hari guru!!



Hari ni 16mei kan? Jadi, selamat hari guru lah kepada semua insan yang bergelar pendidik di seluruh Malaysia. Termasuklah ayah saya jugak, Cikgu sakhaban. Jasa mereka sangat lah besar. Bersusah payah, bersengkang mata demi memastikan anak didik mereka Berjaya hingga ke satu tahap yang dibanggakan. Mereka kena sabar mengajar, menanda kertas dan mengadakan kelas insentif yang konpem mengorbankan masa cuti dan masa bersama keluarga. Belum masuk lagi kes pelajar-pelajar yang degil, dan susah mendengar kata, sudah tentu menguji kesabaran mereka. Saye nak ucapkan terima kasih banyak2 kat cikgu-cikgu dari tadika kemas pintu padang, sekolah kebangsaan ulu gali, sekolah kebangsaan temin , sekolah kebangsaan karak dan sekolah menengah sains tengku Abdullah atas segala susah payah mereka semua mengajar insan ini. Saye nk mintak maaf jgak sekiranya terdapat segala tutur kata dan tingkah laku yang menyakiti hati cikgu2 semua. Atas usaha cikgulah, saya berada di tempat sekarang, di menara gading. Sesungguhnya, saya masih kecil dahulu, tak pandai dan tak tahu menghargai kehidupan sebenar sehinggalah saya benar2 tahu apa yang diberikan oleh cikgu-cikgu sekalian. Banyak kesalahan jika dikenang sepanjang persekolahan dahulu. Khusus utk cikgu2 di SEMESTA, sy bukan ketua dan pelajar yang cikgu harap-harapkan pada masa dahulu. . Kini saya sedar, banyak perkara yang serba kekurangan dan tidak mencapai apa yang diperlukan. Namun, pengalaman memberi pengajaran kepada saya. Kesalahan atau kesilapan yang kami pelajar lakukan sebenarnya tidak mengerti kebenaran yg sebenar dan memerlukan bimbingan cigu semua. Semoga cikgu-cikgu lebih tabah dan sabar menangani karenah pelajar yang sekarang ni lebih “manja” dan tak boleh ditegur ni. Sekian. terima kasih cikgu! Pengorbanan yang dicurahkan tak akan kami lupai. Semoga Allah SWT merestui dan memberi rahmat kepada golongan manusia yang bernama pendidik. Amin.,..


Saturday, May 14, 2011

kerjaya.

Keje? Keje ape? Keje sekolah? Jadi, entry kali ni Cuma nk kongsi sket lah ape keje aku skrg ni. Memandangkan aku mmg berhajat tak mahu amek shortsem, so kita kerja lah. Skrg aku berada di cheras, dok ngn abang aku. Memang banyak lah peluang keje lagi2 di restoran fast food. Rata-rata rm4 sejam. Setelah mencari, akhirnya jumpa lah hypermarket Carrefour Bandar tun hussien onn. Pada mulanya, mane lah diorang nak amek staf laki. Katanya dah penuh. Nasib aku baik, bro moorty( tah, betul kot ejaan name dia) tolong aku dgn promote aku kat manager situ. Lepas lah aku keje. Susah oo nak keje sekarang. Keje Carrefour pun kena pakai cable. Haha. Keje aku senang je. Sebagai cashier yang berdedikasi. Haha. Keje tak susah, scan barang, terima duit dan pulang duit. Tapi risiko tetap ada. Kalo terjadinya shortage, kena bayar sendiri. Huhu. So, kenalah berhati-hati berurusan dengan wang. Kebanyakan yang keje sini lepasan spm, yang keje tak lame. Ade jugak lah senior2. Diorang best je, cume aku kena pandai masuk dgn diorang. Hari ni, dah seminggu lah aku kerja. Masuk ari jumaat, sabtu dan ahad, saket sket lah sbb customer agak ramai. Hari len , rilek je. So, stakat itu saja. Smoga aku dapat menyesuaikan diri dengan keadaan dan tak short lah. Itu saja=-)

Wednesday, May 11, 2011

gula naik?!

gula naik LAGI??!! semut pun terkejut macam ni even diorg just amek free je gula ni. tanggal 9mei 2011, harga gula telah naik sebanyak20sen menjadikan harga gula per kilo adalah rm2.30. ni merupakan kenaikan kali ke empat dan perkara ni berlaku tak sampai setahun. Alasan kerajaan adalah untuk "merasionalisasikan subsidi secara berperingkat-peringkat dan kerajaan dapat melakukan penjimatan sebanyak RM116.6 juta setahun." Berita dan ulasan depa lanjut, klik sini. jelas, perkara-perkara lain yang tidak berkaitan terus dilaksanakan tetapi perkara yang melibatkan kehidupan rakyat masih diketepikan. kenaikan gula ini memaglah org mcm aku ni tak rase sbb bkn aku yang beli gula dari pasaraya tu, tetapi beringatlah gula merupakan antara barang harian yang menjadi barang asas dalam pelbagai makanan. konfem2 lah makanan dan minuman kat warung pun akan naik. diorang yang naikkan harga mmg lah tak rasa beban nya. makan pun dari duit cukai yang dibayar rakyat. dah, macammane golongan yang miskin dan susah untuk mencari sesuap nasi? inilah, pilihan anda2 yang memilih. bukan aku nak protes melulu, cuma berpendapat dasar ekonomi negara bukan lah sengkek sangat. minyak ada, bukan takda. tapi kalo dah shopping pun sampai berjuta, sape tak kesah. beli barang perang yang mahal, sedangkan yang murah tetapi berkualiti ade je. pening2. aduh. pikirlah, tak guna belajar tinggi2 kalo tak amal. renunglah.

tukar font??


Baru aku tau, rupenye font dalam blog ni bleh tukar. Kalo dalam blog, kan bleh taip gne 6 font je, cam arial, courier, George, lucide, time,trebuchet, verdana dan webding. Bak kate naim, rupenye tulis je dalam word, gune word yang kite suke, pastu baru paste dalam blog. slow gile aku ni .Haha. Takpelah,kite belajar=-)

Ok, baiklah, lepas ni nak pakai font ni lah, Segoe Print. Agak style jgak lah. Amacam? =-)

Ce Try Tengok Yang Ni Plak...

_i luv Islam