selamat sudah aku mncecah masuk ke sem 2 kat uia ni. keputusan sem 1 tdak begitu menerujakan. tetapi sekadar membuatkan hati ria sahaja. dipendekkan, sem 2 ni merupakan kesinambungan dari sem 1. memang la kan? jd, subjek2 yg bakal beraksi iaitu
ELECTRONICS,
DYNAMICS,
CALCULUS 2,
WORKSHOP TECH,
ENGIN LAB 2,
PROGRAMMING
BM KERJAYA
sekilas pandang, adala perasaan gah disebabkan nama subjek yg begitu menarik untuk ditatap. namun, sejauh mana, itu yg belum diketahui. harapan aku sem ni, dpt melonjakkan pointer sedia ada dgn beberapa kawalan yg rapi perlu dilaksanakan. antaranya, bg subjek calculus dan lain2. sejak 2 menjak, subjek bkaitan math amat mngusarkan. jadi, fokus yg lebih perlu diterapkan ke arah pembelajaran subjek ni. hm, sape power calculus? bak kate pepatah, hulurkan tangan, ringankan bebanan. x sebegitu YANG ARIF?
berkata mngenai semangat, tah la kome nk kabo ape. kalo AZAM bgai nk rak, tp maleh jugak, xdapat la den nk nolong. IKUT la deme. tp kan, aku pun ingin la menyatakan hasrat utk mmbina semangt yg menjalar-jalar. salah satunya, MENGAKTIFKAN diri dalam persatuan. persatuan ape? itu masih dalam perbicaraan sejenak hati.
semngat lain, BERUSAHA merajinkan diri berjoging utk meningkatkan stamina. hal ni tiada berkaitan dengan persiapan ke sukan sea ke, sukan komanwel ke. cume, kebelakangan, terlalu cepat letih dan semput semasa bermain takraw dan futsal. bukan ape, mane tau stamina secara tiba2 diperlukan sewaktu emergency. mane la tau kan, tetiba kena berlari mnyelamatkan mangsa kebakaran ke,mengejar peompak ke. x gitu? hehe. amacam? mngancam x ayat2 diatas? baek.
akhir skali, MEMPELAJARI dan memperbanyak hasil2 nukilan spt short movie, editing dan sbgnya yg mrujuk kpd computer skill. nak jugak MASTER dlm adobe photoshop, nak jugak hasilkan short clip yg menarik. namun, laptop kena ade bro! xkan nk hasilkan pkai air liur kan? insyaAllah. dalam masa terdekat. TIDAK ketinggalan, ilmu2 agama yg masih kekurangan.
2 je la semangat yg ade. diharapkan, bukan la setakat menumpahkan sebaldi air ke daun keladi, atau melepaskan batuk beserta kahak ke tangga.
mencuba mnjadi yang Terbaik. BERSAMA KE ARAH ITU!
all d best!! :)
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteWoi apai, selamat berjuanglah aku ucapkan...
ade pantun sket...
Ada buku, dimakan burung,
Ada pensil, Dicuri ikan,
kalau dah tension, Janganlah Murung,
Sebab nanti Badan Tak Tahan.
hanisah: tengs sis!
ReplyDeletehiromi:
waw! style la aok ni ade pantun. aku pun nk berpantun gak la
curah air ke daun keladi,
terima kasih datang lagi
=-)