Thursday, December 16, 2010

KATAKAN TIDAK KPD BERPUAK2!!



SELAMAT! post kali ni mengutarakan satu isu yg agak menarik ye. post kali ini mengetengahkan satu isu panas sepanas air panas dari watercooler salahuddin. isu berpuak-puak iaitu racism dalam omputihnya. maksud berpuak-puak ini ialah mementingkan perbezaan kulit, daerah, tempat asal, jenis keluarga dan sebagainya. aku tdak menujukan kepada isu kulit hitam putih semata-mata ttp khas kpd segelintir warga kita juga.



ilham beserta idea datang selepas lecturer aku berceloteh di dalam kelas. situasi yg berlaku, kita (orang tanah melayu) memandang rendah terhadap pekerja2 asing terutama dari seberang, indonesia, bangladesh dan seangkatan dengannya. Dalam semaju2 Malaysia hari ni,bangunan2 rendah mahupun tinggi, ia masih dibina menggunakan kudrat pekerja asing. secantik2 hiasan di dalam bangunan, makcik2 mahupun pakcik2 cleaner dan pembersih tandas deme sume dari negara luar. betul x?


ape yg nak aku tekankan, mulia sebenarnya ape2 kerja asalkan halal sumbernya. malangnya, org kita, terlalu sombong dan menghina mereka2 si pencari rezeki ini. satu situasi yg diberi lecturer aku ni. Tidak dinyatakan tempoh masa, isteri dan anak salah seorang lecturer disini mengambil masa lebih 2 jam untuk menunggu perkhidmatan teksi. akhirnya, si ibu menangis dan menelefon suaminya untuk menjemput mereka. lecturer tersebut telah diberitahu, hanya kerana perbezaan kulit dan bahasa, pemandu teksi tdak mahu mnghulurkan bantuan. sadis2.

kita bayangkan, satu pelancong mat saleh tiba di negara kita. kita sambut dengan riang, tunjuk arah sini sana. ada kita buat perkara sama kepada makcik2 cleaner dari indonesia mahupun buruh asing dari bangladesh? kita sambut hanya dengan panggilan "orang indon" dan "orang bangla". betul x penyataan aku? hinakah mereka? nilailah sendiri.

aku bukan la mewujudkan suasana tak aman disini. sekurang-kurangnya, berilah layanan
yang baik dan mesra.mereka juga makhluk Allah, dan Islam menyuruh umatnya berbuat baik sesama manusia. pesanan utk diri sendiri dan rakan2 semua.

bersama ke arah itu!

6 comments:

  1. betol3..xde pe yg beza...semua manusia sama je..masa tanam nty pun..pakai wrna yg sama

    ReplyDelete
  2. 2 la kan. xkira la kulit hitam ke, putih ke, perang ke. masuk kubur jgak nanti. kan3?

    ReplyDelete
  3. tengs atiq sal komen,. appreciate it!

    ReplyDelete
  4. kalau hidup berpaksikan bangsa dan negara, memang tidak ke mana kalau lupa tentang agama. golongan yang dikatakan bangsa ketiga(kulit hitam) sudah di janjikan salah seorang dari mereka untuk ke syurga(Bilal), jadi siapa kita utnuk membezakan darjat dan bangsa ?

    ReplyDelete

Ce Try Tengok Yang Ni Plak...

_i luv Islam