Sunday, January 17, 2010

mauzun fc dan ceritanya setakat ini

setelah sekian lama, mauzun fc telah kembali beraksi.konklusinya,
post ini disekalikan dgn cerita futsal hisbah(4&7/1) dan 7side festiven(16/1).
bermula dgn cerita futsal hisbah, 118 fc(bkn sepenuhnya mauzun) telh bertungkus kumus
utk mendapatkan takhta johan. alangkah malang, pd pusingan kumpulan, 118 fc berjumpa 123
(team yg mngalahkan 118 di final pd siri yg lepas),utility dan juga 127. 2 menang dan satu kalah.
agak bagus lautk pergi ke pusingan kalah mati. 118 fc berjumpa 124(team butep ganu).
perlawanan yg terlalu sengit dgn jaringan 2-2 telah dibawa ke penalti. ke'terror'an janis selaku keeper xdapat mnahan bola terakhir mubin menyebabkan 118fc kalah dgn aggregat 5-4. penalti, tak de nasib la 2.jadi 118fc merangkul tmpat ke 3 slps satu lg pasukan menarik diri di pusingan 3&4. tetapi, kesemua pemain telah bersungguh2 dan berpuas hati dgn prestasi yg ditunjukkan.

beralih kpd 7side festiven, mauzun fc telah menempah tiket utk bertanding dlm kejohanan ini.
dengan berbekalkan semngat jersey baru n pertama team,mauzun fc mengorak langkah dan strategi yg berbeza utk memenangi kejohanan tersebut setelah dahulunya kejohahanan ape2 pun xpernah jadi juara. para pemain terdiri drpd cirit,janis,apai,pali,naim,syed,ajik,pusat,muiz n bali. ditempatkan di kumpulan b bersama camek(sirlee) n gapo2 (fadhil), mauzun fc telah menjadi runner up b setelah mnang ke atas camek 2-1 dan kalah 3-0 kpd gapo2. utk pengetahuan sume, mauzun masih xdapat mmbalas dendam kpd gapo2 yg telah mengalahkan mauzun di quarter final pada siri yg lepas.setelah masuk ke peringkat quarter, mauzun fc telah berjumpe belacak fc-siri yg lepas mnggunakan nama ceplos fc-dan berjaya mengekang pemain2 tetapi gol kontroversi mnyebabkan mauzun tdk dpt ke pusingan seterusnya stelah kalah 1-0.mauzun fc juga xdapat mbalas dendam keatas ceplos ini krn siri yg lepas, mrk mmbelasah mauzun 3-0 di peringkat kumpulan.namun, tahniah dan terima kasih kpd sume pemain krn telah mnunjukkan smangat juang yg tinggi.

nasib xmenyebelahi mauzun fc. dr sem1 hingga nk abes sem, pencapaian terbaek hanya di quarter final. mungkin kesilapan lama xdiperbaiki lg. ape2 pun, jersey baru telah menampakkn kematangan pasukan krn telah berjaya mnampilkan identiti yg tersendiri.
trimas sume!!

Sunday, January 10, 2010

Islam dan kritikalnya setakat ini

*dipetik dari emel saudara Hazli Hazlisham

Teks Mufti Perak Menghadap Sultan Perak
Maksud Hadith Rasulullah S.A.W. : "Mereka yang tidak memikirkan masalah umatku BUKAN daripada kalangan umatku". Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, HARI Isnin, saya ke Kuala Lumpur dan saya menemui enam peguam dan beberapa pemimpin NGO untuk mendengar taklimat mengenai keadaan agama Islam dan orang Islam di negara ini. Taklimat berlangsung selama empat jam setengah. Pada pagi Selasa, saya telah dipanggil oleh Sultan Perak untuk menyembah taklimat. Kemudian menyembahkan taklimat yang hampir sama pula kepada Majlis Raja-Raja. Saya memberi taklimat mengenai bahaya yang sedang dihadapi oleh umat Islam pada ketika ini. Bencana umat Islam Waktu ini ada kes Lina Joy (Azlina binti Jelani) yang sedang menunggu keputusan. Lina Joy memeluk Kristian dan berkahwin dengan seorang India beragama Kristian.. Dia memohon kepada Mahkamah supaya namanya ditukar kepada Lina Joy dan agama dipadamkan daripada MyKad beliau tetapi Jabatan Pendaftaran Negara tidak dapat memadamkannya kerana tiada perintah daripada Mahkamah Syariah... Lan taran itu, beliau telah mencabar ke Mahkamah Persekutuan berasaskan Perkara 11 (1) Perlembagaan Persekutuan yang menyebutkan bahawa tiap-tiap individu rakyat Malaysia berhak memilih agamanya sendiri (Every person has the right to profess and practice his religion). Kes ini dibicara di hadapan tiga hakim di Mahkamah Agung iaitu Ketua Hakim Negara, seorang hakim bukan Melayu dan seorang hakim beragama Kristian. Jika dalam kes ini Lina Joy menang; maka agama Islam akan hancur. Ia membawa implikasi: i) Kuasa Raja mengenai agama Islam akan hilang. ii) Kuasa Mahkamah Syariah tidak boleh dipakai.. iii) Orang Islam tidak boleh memaksa anaknya sembahyang, tidak berhak lagi kutip zakat dan tiap-tiap orang boleh mentafsir Islam ikut kehendaknya. Itulah akibatnya. Malangnya orang Islam nampaknya tidak prihatin sehingga dalam perbicaraan itu. Tidak ramai yang hadir untuk menyatakan sikap dan Sokongan. Majlis Agama pun dilihat tidak menghantar orang Islam. Pemerhati daripada Islam tiada. Ini berbeza daripada kalangan bukan Islam. Hatta , peguam/pemerhati daripada Kedutaan Kanada , Australia dan Amerika Syarikat pun sanggup datang. Bahkan, peguam-peguam pemerhati ini dibenarkan berhujah. Ini amat berbahaya. Ia belum pernah berlaku. Jadi Majlis Raja-Raja sedikit tersentak setelah saya melaporkan perkara ini. Peguam Negara telah dipanggil oleh Majlis Raja-Raja dan Peguam Negara kata tidak boleh buat apa-apa. Tunggu keputusan saja. Inilah keadaan yang telah menjadi bagaikan telur di hujung tanduk. Gerakan Kristian dan Hinduisme Orang Melayu yang berjinak dengan Kristian biasa dilatih secara mendalam di Singapura. Identiti mereka ditukar. Sekarang, terdapat dua gereja orang Melayu di Kuala Lumpur. Di Brickfield, ada usaha memberi makan tengah hari percuma pada hari Jumaat kepada remaja Melayu yang lepak supaya mereka leka dan tidak pergi ke masjid. Terdapat ratusan pemuda-pemuda Melayu pergi ke gereja di Brickfield ini. Saya telah memberitahu juga hampir 250,000 orang Islam yang murtad tapi saya dicabar oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Orang Islam yang memeluk agama Hindu sahaja sudah hampir 100,000 orang. (Sumber : jangkaan Persatuan India Muslim). Bahkan mengikut laporan pihak polis, belia-belia Islam yang menganggotai black metal, yang memaki Tuhan sudah ada 13,000 hingga 14,000.. Orang yang ikut Ayah Pin yang mempercayai "Ayah Pin itu Tuhan" adalah 14,000 orang. Ini yang menjadikan saya lantang. Majlis Raja-Raja Bangkitkan: 1) Apa peranan masjid. 2) Apa peranan imam-imam dan pengurusan masjid. 3) Kenapa tidak bendung sedangkan ada undang-undang. . . Peguam Negara kata, berbezanya paderi dengan imam-imam kita ialah paderi-paderi menunggu kedatangan hadirin seperti menghormati tetamu di pintu gereja. Mereka memberi khutbah dengan terancang dan profesional sehingga orang boleh yakin dengan cakap-cakap mereka. Selesai majlis, mereka tunggu di pintu gereja dan mengucapkan selamat. Mereka suka bertanya khabar dan suka ambil tahu dan sering tawarkan pertolongan. Bezanya, khutbah kita tidak menarik. Disampai secara tidak profesional. Di Uzbekistan dan China , walaupun 70 tahun ditekan, mereka masih kuat. Dalam keadaan yang cukup kuat ditekan, mereka cuma utamakan penyebaran salam dan kuatkan silaturrahim di samping membaca ayat-ayat suci Al-Quran di dinding-dinding masjid. Imam masih boleh berbahasa Arab. Itu ketika Komunis berkuasa. Ini rahsia kekuatan mereka dapat bertahan. Serangan aqidah di Malaysia Sekarang di Malaysia kita diserang dalam bentuk yang dahsyat. Serangan pemikiran. 1) Golongan intelektual. Orang Kristian yang buat serangan. Walaupun mereka berjaya serang tetapi mereka tidak dapat tawan hati orang Islam. Untuk itu mereka cuba mempelajari Islam dengan untuk menyerang Islam. Mereka juga wujudkan fakulti-fakulti Islam di universiti Mereka. 2) Mereka juga melahirkan kekacauan kepercayaan lalu membawa pemikiran Islam liberal. Mereka letak semua agama itu sama. Ia datang daripada sumber yang sama iaitu Tuhan yang sama. Cuma masa wahyu turun, Islam diterjemah dalam mesej ketuhanan itu mengikut bahasa-bahasa berbeza sesuai dengan bangsa dan keturunan Nabi.. Tegas mereka, kitab-kitab suci itu adalah terjemahan. Oleh itu ia boleh dipinda dan ditafsirkan semula. Dalam kurun ke 16, ia telah disaran oleh Yahudi dan diterima oleh para paderi Kristian. Ini yang menjadikan Kristian berpecah kepada berpuluh-puluh mazhab. Dulu, cuma ada Kristian daripada mazhab Roman Katholik. Masing-masing menuduh masing-masing mazhab kafir. Inilah pula yang dibawa ke dalam dunia Islam. Islam liberal begini mulai masuk pula ke Indonesia .. Mereka menguasai universiti dan media dengan dilindungi dan disokong dengan kuat oleh AS dengan berbilion-bilion USD. Ini menjadikan fakulti-fakulti pengajian Islam di universiti-universi ti di Indonesia sudah tidak ada lagi penuntut. Kini sudah ada fatwa di Indonesia bahawa perkahwinan lelaki sesama lelaki itu sah. Faraid dan Hudud sudah tidak relevan dan harus dibuang. Ini pun hampir difatwakan akhir-akhir ini oleh Majlis Agama Indonesia .. Ia sedang berkembang kerana tulisan-tulisan ini dipelopori oleh intelektual. Sekarang, di Malaysia pun sudah terbawa-bawa. Begitu. Tulisan-tulisan yang liberal seumpama ini biasanya ditulis oleh wartawan-wartawan dalam akhbar-akhbar berbahasa Inggeris. Dulu Astora Jabat saja yang tulis dalam akhbar Melayu. Kini, Astora guna majalah Al Islam pula sebagai platform dengan ditukar namanya kepada Hussin Ab. Rahman. Kasim Ahmad pun sekarang sudah diberi tempat semula untuk menulis dalam Al Islam. Keputusan kes pakai serban Ini ada laporannya dalam semua akhbar. Bagaimana 3 murid Islam memakai serban di sekolah telah diberhentikan dan kes mereka pula kalah di mahkamah. Sedang penganut agama lain kenapa bebas memakai serban dan mengamal agama mereka ? Ini satu penghinaan yang sungguh dahsyat ke atas Nabi kita dan Islam pada amnya. Allah jadikan sembahyang berjemaah lima waktu. Ini bertujuan untuk melahirkan ukhwah. Hikmahnya cukup besar. Seorang orientalis buat kajian kenapa ada rakaat-rakaat dalam sembahyang.. . Orientalis yang akhirnya masuk Islam itu, sembahyang itu sebagai satu bentuk caj. Pertemuan bahu dengan bahu, kaki dan kaki dia akan caj kuasa rohani. Untuk itu, kita perlu kuatkan diri. Orang Hindu sedang kuatkan diri mereka. Mereka giat buat tokong Hindu. Di Perak misalnya, ada 2,000 tokong Hindu sedangkan masjid cuma 560 buah sahaja. Dan agama Hindu ini semakin menampakkan keganasan. Terdapat ramai juga orang Melayu yang diHindukan.. Kini, Filem-filem Bollywood juga digunakan untuk mendakyahkan agama Hindu di seluruh dunia. Harap kepada siapa? Kita tidak boleh lagi harapkan pihak berkuasa JAKIM, Jabatan Agama atau pihak kerajaan untuk melindungi kita. Allah tidak amanahkan Islam, al-Quran dan Sunnah ini kepada kerajaan tetapi Allah amanahkan kepada setiap individu Muslim. Allah S.W.T berfirman: "Kami wariskan al-Quran itu kepada hamba-hamba Kami yang terpilih iaitu yang beriman kepada Allah; (bukan kepada kerajaan)." Peringatan-peringat an Daripada Allah S.W.T. Tsunami, gerak gempa bumi, ramai umat Islam yang mati. Ini peringatan. Kenapa di Acheh dan Bangladesh ? Bukan bermakna orang Acheh yang bermaksiat, tetapi mungkin maksiat berlaku di tempat lain.. Bagaimanapun, pada malam kejadian itu, ada permainan tari menari dan pesta minum arak di pantai yang berdekatan. Demikian, sedikit ringkasan.. Wallahu a'lam Dato' Harussani Bin Zakaria Mufti DiRaja Negeri Perak Jika anda masih seorang Islam tolong sampaikan kepada seramai umat Islam demi kepentingan Islam dan survival generasi akan datang.. http://www.mengemis kasih.wordpress. com www.pelembuthati. wordpress. com

Monday, January 04, 2010

arsenal dan kisahnya setakat ini.


arsenal semakin minggu mnampakkn kegarangan dalam kancah liga Perdana BPL setelah menundukkan
portmouth 4-1 di emirates Stadium pada 30 Dis yg lepas. namun, persembahan yg kurang konsisten
membuatkan penyokong berasa kurang yakin dengan taktikal yg dipamerkan pengurus Arsene Wenger.
Tambahan pula, ketiadaan ramai pemain yg bergelumang dlm kecederaan spt tonggak penyerang,
Robin Van Persie, Bendtner( kalo ade pun same je xde pape), dan kemungkinan dr Cesc Fabregas(hamstring).Namun, dalam kekalutan, hasil corak permainan yg diamalkan Arsenal,iaitu pass-sampai-ke gol,Arsenal merupakan leading team scorer krn keupayaan menjaringkan gol yg banyak dlm setiap perlawanan. Masalahnya skrg, pemilik Arsenal yg sgt kedekut melaburkan duit untuk pembelian pemain menyebabkan Arsenal terpaksa yakin dengan bakat yg ada dlm setiap pemain spt Denilson, Ramsey, Wilshere dan ramai lg. Memang tak salah, tetapi buat masa skrg ni, Arsenal memerlukan pemain prolifik utk memenangi baki2 cup yg ada. Antara pemain itu adalah Chamakh(Bordeux), Dzeko(Wolfburg) dan juga beberapa lg pemain yg seteru dgnnya. Wenger terpaksa melupakan hasrat utk membeli kedua2 pemain ini ekoran harga yg ditetapkan agak tinggi dan tidak berbaloi utk Arsenal.Wenger cuma mampu dapat membeli pemain muda Brazil, Silva yg berusia 16 tahun. Dinasihatkan, kalau nk beli pemain baru ,jgn la yg berbangsa Perancis saja,negara lain pun byk talent ape. Nasib baik la Arsenal berjaya mengikat Andrei Arshavin beberapa bulan lepas dan akhirnya banyak menyumbang kpd Arsenal. Itulah yg dinamakan prolifik. Buktinya, 4 gol disumbangkan beliau ketika pertemuan menentang Liverpool pd season 2009-2010.

Bercakap mengenai formasi skuad, Arsenal dahulunya menggunakan 4-4-2, dimana v.Persie dan Adebayor dihadapan. setelah Adebayor yg nk duit sgt, dan berhijrah ke Man city, Arsenal meletakkan v.Persie dan Bendtner sengal dihadapan. Setelah injured, Arshavin menggantikan tempat mereka ketika menentang Liverpool. Eduardo amat diharapkan utk mengisi kekosongan
ttp keadaannya yg kurang fit menyebabkan beliau tdk beraksi spt masa dahulu. Carlos Vela terlalu muda utk bermain 1st eleven, dan beliau hanya layak menjadi striker dlm FA cup sahaja. Satu lg masalah yg Arsenal hadapi, corak permainan agak berbeza ketika ketiadaan Fabregas. Buktinya, kemasukan beliau ketika menentang Aston Villa selama 28 minit menyebabkan Arsenal mendapatkan gol dan menang pada akhirnya. Arsenal mempunyai ramai pemain midfielder yg ramai dan meningkat naik spt Denilson dan Diaby ttp adakalanya sengal2 ayam juga. Pemain senior, Rosicky juga kurang beraksi disebabkan kesan kecederaan yg beliau alami pada musim lepas.

Selain itu,Arsenal pd musim ini masih dilihat tdk boleh menandingi skuad 2003-2004 dr segi bentuk tubuh badan. Dahulu, playernya, Gilberto Silva, Patrick Viera,T.Henry dan lain2 mempunyai tubuh badan yg besar. Senang kate, kalau nak main body, diorg boleh menang la. kalo nk dibandingkan sekarg ini, Arshavin, Denilson,Walcott,Song Bilong dan lain2 kecik2 je.Mungkin Wenger perasan atau tak, ttp sekiranya corak permainan pass secara laju dipamerkan, Arsenal masih boleh bersaing
dengan kelab2 yg lain.

Secara keseluruhan, Arsenal masih lg dalam landasan utk mengejar kejuaraan liga yg 5 tahun sudah tdk dikecapi. Semua penyokong mengharapkan Arsenal pd musim 2009-2010 berjaya merangkul kejuaraan at least satu la ye. In Arsene ,we trust!!

arsenal target player


Edin Dzeko
Date of Birth: Mar 17, 1986
Place of Birth: Sarajevo
Nationality: Bosnia and Herzegovina
Height: 192 cm.
Weight: 80 Kg.
Position: Striker
Squad Number: 9
National Team: Bosnia



Arsène Wenger is impressed by Wolfsburg striker Edin Dzeko but is unlikely to move for him in the January transfer window.

The Bosnian is one of the hottest properties in European football right now and helped his side to their first Bundesliga title last season.

An impressive 40 goals in 74 appearances has led the 23-year-old to be linked with any number of big clubs, Arsenal included. However Wenger believes Dzeko would cost too much money.

“I like the player,” he admitted at Friday’s press conference. “But they fly too high right now – price-wise.”



Marouane Chamakh
Date of Birth: Jan 10, 1984
Place of Birth: Tonneins
Nationality: Morocco
Height: 185 cm.
Weight: 70 Kg.
Position: Striker
Squad Number: 29
National Team: Morocco

Since 2002, Chamakh has played for Bordeaux. His 14 goals in the French League in 2008-09 helped them win the title, ending Lyon's 7 year domination.

mahallah international traditional games[maig]

selamat tahun baru semua. hujung minggu ini terasa bosan disebabkan ketiadaan perancangan untuk keluar ke mane-mane. Tambahan pula, ke-sengkek-kan menyelubungi jiwa dan fizikal menambah kekusutan utk ber-enjoy dihujung minggu. ade aku kesah! apabila adanya cuti 3 hari bermula jumaat, jumaat disangka sabtu, sabtu disangka ahad, begitulah hidup. blank. Nasib baik, secara tidak sengaja, maig diadakan pd hari sabtu 2hb satu. Program ini merupakan satu aktiviti inter-mahallah dan dianjurkan oleh mrc dan rmdd. Antara permainan yg disertakan ialah galah panjang,belon air,baling tin, tarik upih, boling kelapa, sepak raga dan byk lagi. Dipendekkan cerita, pihak abc tdk langsung menampal poster utk menarik perhatian atlet utk memasuki program ini. Kesannya dapat dirasai pada malam sebelum bermulanya maig ini iaitu kekurangan ahli.Bgus jugak kurang ahli ni,dapat juga si pencerita bermain 2 game. hah. Itu sebenarnya point dia. Beliau bersama ahli bilik,iaitu duan, parkchu,aje n amir bergabung dlm acara belon air. nampak macam senang game ni,ttp memerlukan daya kesabaran, physology yg tinggi. akhirnya, stakat kalah baek xyah ceritakan, juara la wei.haha. lepas pd itu, berlari si pencerita ke medan baling tin bersama amir dan ahli pasukan yg lain. kalau korg ingat cara baling selipar dilaksanakan, macam itulah cara baling tin dilangsungkan. Maknanya, selepas membaling selipar tepat ke arah tin, berlarilah kami mnyelamatkan diri sambil berusaha membina semula bangunan tin tersebut. siapa kata senang? tidak. tersangat letih si pencerita kerana sepanjang permainan, berlari sebagai si pengacah.akhirnya, juara sekali lg bg rakyat abc. overall, sangat best layan game2 camni sbb smakin meningkat usia n kemodenan, mnyebabkan kita lupa pd asal usul permainan kita. disini, pencerita ingin menyeru sesiapa yg berhajat ingin mengadakan perlawanan gasing ke, guli ke, jgn lupa menjemput si pencerita k. sekian.

Friday, January 01, 2010

2010-permulaan


alhamdulillah, pd hari ini, selamat penulis sampai ke tahun baru iaitu tahun 2010.
sedar xsedar, pejam celik,pejam celik, 2009 meninggalkan kita dgn pelbagai kisah dan
coretan yg pernah kita alami suatu ketika dahulu. setiap insan ada kisah hidup pahit manis
dalam 2009. sambutan tahun baru 2010 hanya disambut di dalam bilik sahaja. malas nk kuar la katekan. sekiranya keluar, si hati akan berkeluh, pergi tempat2 yg 'duniawi' boleh pulak, walhal ajak g ke masjid bukan main liat. jadi, drpd si hati terus bergundah gulana, baik puaskan hati dua2 pihak. cuma menghadap laptop member, seterusnya main game sahaja. apa pula kaitannya dgn azam?? ada yg beria-ria apabila masuk tahun baru, pelbagai azam yg dilontarkan utk dilaksanakan sepanjang tahun baru. dgn kata yg ringkas, semangat bagai nak rak. adakah tercapai bg azam 2009? haha rasanya si penulis tidak menyatakan azam yg spesifik pada awal tahun 2009 dahulu. jadi, ini bermakna, tiada apa yg perlu dibangkitkan.bg zulfadhli rusydi, 2010 melambangkan usia beliau yg hampir meningkat dan berubah status remaja kpd belia. 2010 juga memberi makna bahawa umur 20 tahun merupakan satu angka usia yg sepatutnya sudah puas dgn hal ehwal dunia. maknanya,sudah cukup memerhatikan tingkah laku org. jadi, sesuatu perlu dilaksanakan utk mencapai satu tujuan yg mengangkat martabat diri ke landasan yg diredhai Allah. insyaAllah, sedikit demi sedikit, dapat
lah tercapai hajat ini yg juga azam tahun 2010. perhatian dan sokongan dari kawan2 amatlah diharapkan.sekian.tq

Ce Try Tengok Yang Ni Plak...

_i luv Islam