Berikut merupakan beberapa nasihat kepada remaja:
- Anda kena membesar dengan cepat pada zaman sekarang. Apabila berhadapan dengan masalah, jangan bandingkan dengan apa yang rakan-rakan anda hadapi sebaliknya lihat masalah itu sebagai individu. Setiap masalah berbeza dan ia sangat membantu jika anda dapat berkongsi dan menceritakan masalah kepada orang dewasa yang baik dan berpengalaman kerana mungkin dia boleh membantu anda menghadapi masalah tersebut dengan lebih baik.
- “Dua kesilapan tidak menjadikan sesuatu itu betul”. Anda mungkin pernah dilayan dengan buruk, didera dan ditindas tetapi jangan lakukan perkara yang sama pada orang lain kerana ia tidak akan melenyapkan masalah anda.
- Jika anda tidak jumpa contoh yang baik dalam keluarga atau dikalangan sanak-saudara, cari orang dewasa lain yang alim, bijak dan bertanggungjawab.
- Jangan percaya setiap perkara yang anda dengar dari media dan filem. Berita, filem, permainan dan sebagainya dicipta dan direka oleh manusia, yang sama seperti anda dan saya, yang mempunyai pandangan tersendiri dan mempunyai mesej yang hendak disampaikan. Mesej itu tidak semestinya mesej yang baik dan betul.
- Cuba ambil sedikit masa setiap hari untuk berfikir dan berterus terang dengan diri sendiri. Baca cerita-cerita yang memberi inspirasi dan biografi individu-individu yang berjaya mengatasi halangan dengan cara yang positif dan bagus.
- Yang paling penting sekali, jika anda menghadapi masalah atau dalam dilema, mintalah pertolongan daripada Allah swt. Berdoalah dan bukalah pintu hati anda untukNya. Jika anda mengambil langkah pertama, yakinlah bahawa bantuan Allah itu sangat hampir.
No comments:
Post a Comment