Sunday, July 01, 2012

Durian.


Durian ni orang kata dia raja buah. orang kata lah tetapi fakta bila ia ditabalkan menjadi raja pun aku taktahu. Lejen la tu kalo manusia yang panggilkan. Tu belum tanya lagi manggis, pulasan dan cempedak. Kalau tanya diorang, konpem diorang panggil King of Fruit. Ye ke tak? Haha. Ok. Kalau ditengok si durian ni, takda la hensem sangat. Takde la comel macam ciku. Takde la menarik macam tembikai. Tapi kegarangan dan kematangannya dapat dilihat jelas melalui duri-duri tajam yang besar di seluruh badan beliau. Eh, beliau. Haha. Ye lah, garang kot. Cube lempar buah durian dengan tembikai, sape menang. Gentle aku cakap, durian ni selamber je berdiri, sedangkan tembikai dah berdarah-darah dah. Ok. Sebenarnya, sampai sekarang aku pun taktahu kenapa raja durian. Harap je pernah ada dusun dulu, tak sempat nak menjalankan penyelidikan. Biasalah, belajar takabes lagi, macam gini lah jadinya. Mungkin apa yang aku tahu, orang putih bukan suka durian , sebab baunya. Peh, semerbak harum sundal malam.Bukan. Tiada kaitan. Kalau dibau betul-betul, memang kuat durian ni. Lagi-lagi kalau dah masuk mulut, kunyat dan makan. Lepas tu duduk rilek jap 5 minit, pastu cuba korang sedawa. Tahap korang nak sedawe tu, bese dah lah, takyah la sampai nak jiran 3buah rumah dengar. Tak molek lak adab dan kesusilaan orang kita. Seriusly kuat bau durian ni. Boleh pengsan la makcik depan umah tu jugak. Kalau dah makan, jangan haraplah korang dapat hilang bau die ni boleh hilang serta-merta. Aku dulu waktu sekolah, mase tu baru balik dari rumah, ye la, balik bermalam la katekan. Masa tu prep malam, aku tertidur dalam kelas dan aku takperasan yang aku tersedawa. Habis budak2 bising ‘sape makan durian ni?’. Aku buat2 tak dengar sebab malas bising-bising waktu prep malam dan sambung tido. Tak tenang jugak la nak terskan mimpi aku gara-gara seawa aku. Rupa-rupanya sebelum balik sekolah, aku dah melantak tah bape banyak ulas durian kat rumah. Tapi aku lupa form bape. Haha.
Durian ni juga ada jugak kelas-kelas tersendiri. Paling mahal , musang king. Ni pun aku taktau macammane ade name musang pulak, siap gabung nama melayu inggeris plak tu. Tak mudah. Tapi sekilo durian musang king ni, ada lah nak cecah rm16 kot. Gila lejen.Yang kedua kelas dia, D24.Pastu ada gak IOI, dan paling banyak didapati adalah durian kampong. Ade lagi jenis lain, seperti durian Siam dan durian Sabah, tapi aku kurang arif. Malaslah nak cara, bukan ada kat tempat aku pun. Ok. Durian pun sodap kalau bubuh dalam masakan. Tempoyak ada, bubur durian sedap dan macam-macam lagi yang aku takpernah rasa lagi. Jus durian ada? Haha.
Durian pun ada kelas tersendiri. Kelas kau jah. Hahaha. SO, apa beza kelas atas dan bawah? Layanan? Ada bezanya. Ape-ape pun , sila bangga dengan buah-buahan tempatan anda. Rugilah duduk Malaysia, anak tempatan taksuka durian. Tak kesah kalau kita yang taksuka, tapi jangan sampai ia lupus dari pandangan dan pengetahuan generasi akan datang.   Kan? Anda saja yang tahu. Makan-makan juga, ambil pengajaran kenapa Allah jadikan bentuk dan fizikal durian sebegitu rupa. Pasti ada hikmah yang sangat rapat dengan diri kita secara khasnya. InsyaAllah.

Sekian.

Ce Try Tengok Yang Ni Plak...

_i luv Islam