Thursday, February 02, 2012

Terenjanu!



taktahu knape aku rase best nak sebut 'Terenjanu' berbanding 'Ganu' . dah macam foreigner plak. hihi. Maseh takberubah keadaan bandar Kuala Terengganu (KT) jika dibandingkan masa aku pergi dahulu semasa PLKN Setiu dulu. Ist time pergi terengganu masa tu, sekitar tahun 2008. Baru la kenal Pasar Payang, Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam, Muzium Terengganu dan macam-macam. Naseb la baek dapat kuar bandar masa tu sebab kem pun dah nak habes, so, jurulatih semua bawa la kami kuar mencari kenangan dan ole2 di situ. beli lah keropok, kain pelikat dan kain sarung utk mak ayah kat rumah. Masa cuti raya cina, sempat juga menjelajah bandar KT bersama abg Afiq Azlami yg cute dan juga Abe Safwan kite. Best, sampai jem la moto c70 yg aku bawak tu.


masih terapung. naseb bek taktenggelam masjid ni.

Kire jumaat 27 hingga ahad 29, berjaya gak aku sampai terengganu semule bersama Muiz dan Topek serta Ayien. tujuan asal untuk menhadiri majlis perkahwinan akak Payed kat chendering. Alhamdulillah, dapat jua makan nasi minyak. hehe. Sepanjang perjalanan dari dungun, cuaca hujan yg berterusan. Mujur selamat tiba. Sesudah itu, masa utk menjelajah semula bandar KT.Pasar payang dan juga Masjid Kristal. Sama pada kebanyakan, ada la pembaharuan sedikit2.


maseh 'kristal'. takubah jadi intan pun.

Apa yang menarik, KT pun ade i-City. Ingat ShahAlam je ade? hehe. takdelah semeriah Shah Alam, stakat ada lampu kat pokok-pokok je. Suasana berdekatan sungai@laut, memang nice la kalo nak rehat-rehatkan minda yang berkeserabutan. 1 lagi, masa beli keropok lekor kat Bukit Tobeng, 1st time tgok kedai ada pakai numbor giliran! Bukan nak masukkan duit atau berurusan macam dekat bank, tapi setakat nak beli kepok je weh!. memang la, dah pagi2 pun dah ramai manusia nak beli kepok. Kaum Cina pun takterkecuali. Kepok sedap, mane org taknak datang...


lampu berwarna-warni. masih dalam pembikinan.

credit to John sbb meluangkan masa menjadi tourist guide sepanjang masa. jepah , mamat dan jua Hafizuddin takterkecuali. Jasamu dikenang, Bro! Pape, kenangan terindah bagi permulaan 2012. Semoga banyak tempat mampu aku redah lagi=-)



sekian.

No comments:

Post a Comment

Ce Try Tengok Yang Ni Plak...

_i luv Islam