Saturday, November 12, 2011

model terbaru henpon masa kini.

RAUB- Model terhangat telefon bimbit yang sudah lama berada di pasaran mampu menggugat prestasi Blackberry mahupun Blueberry keluaran CSL. Mesti ramai yang tidak mengenali model ini, yang sudah tentu tidak dipedulikan oleh kebanyakan orang.Masih mengekalkan "Berry" , hp ini mempunyai ciri-ciri menarik yang berupaya menarik minat pembeli khususnya bagi peringkat umur sekian-sekian. Berbekalkan 2bateri 2A yang hanya boleh didapati dengan harga serendah RM1 di mana-mana kedai runcit, ia mampu menggerakkan serta memberi nyawa kepada hp ini. Ciri-ciri fizikal hampir serupa kepada "berry-berry" yang lain, namun ia tampak tampil dengan kelainan. Kekunci hanya boleh ditekan pada nombor mampu mengeluarkan bunyi-bunyi yang menarik , yang semestinya tak akan ada dalam "berry" lain. Wallpaper pula, kekal dan takboleh ditukar, namun memang menarik kerana menampilkan Spongebob yg menjadi kegilaan ramai orang di peringkat umur sekian-sekian. Pasal line, jangan risau. Sentiasa penuh.

Inilah dia, "Backberry".


Sesuai dengan peringkat umur macam anak buah aku sahaja . Haha.

Pastikan yang ori, baru beli.

Jangan beli macam ni. Sekian.

No comments:

Post a Comment

Ce Try Tengok Yang Ni Plak...

_i luv Islam