Friday, September 09, 2011

pekak telinga

bukak2 tv, cerita pasal Matsabu. bukak suratkhabar, cerita pasal matsabu dan komunisnya. leceh dan letih la kami nk dengar pasal cerita ni. hari-hari ada saja laporan polis yang dibuat, ada saja demonstrasi dipropagandakan. mengatakan matsabu anggap mat indera sbgai pejuang kemerdekaan, yang dibelitfakta beliau sebagai tali barut komunis. fitnah sana sini, rupa-rupanya ada sesuatu yang ingin YB M.Sabu sampaikan. fakta sebenar yang terlindung dan diubah suatu ketika dahulu supaya fakta baru dapat mengangkat nama dan sejarah segelintir pihak yang kononnya wira kemerdekaan.

aku pun taktahu nak jelas macam mane. bukan niat untuk menghina para pejuang yang sebenar pada masa lampau, cuma mengembalikan kepercayaan YB sekiranya apa yang diperkatakannya betul dan bukan rekaan. Ingatlah, akhir zaman akan datang pelbagai jenis fitnah yang dibuat2, yang sebenarnya bertujuan menjatuhkan orang ramai. Lagi satu, apa yang berlaku, di media-media, sebenarnya menguji sekuat mana rakyat menilai para pemimpin mereka. Pemimpin bergaduh,fitnah satu sama lain dan pelbagai lain cukup menyedarkan para penonton.

Hanya mereka yang 'buta' sahaja taknampak. Patutlah dinegara-negara luar, kebangkitan rakyat banyak berlaku. itu sebab mereka prihatin dan sedar mereka bukan lagi rakyat yang mengikut telunjuk pemimpin mereka.

Sekian.

No comments:

Post a Comment

Ce Try Tengok Yang Ni Plak...

_i luv Islam