Sunday, May 16, 2010

SELAMAT HARI GURU!!

memori 16 mei memang tidak dapt dilupakan oleh semua insan, khususnya warga pendidik yg diraikan. segala penat lelah, ilmu telah dicurahkan tanpa jemu demi memastikan anak didik mereka berjaya dari semua aspek kehidupan. setiap org ade kenangan dan peristiwa yg tersendiri, begitu juga dgn aku. post kali ni khusus mengenai hari guru ketika zaman persekolahan. teristimewa buat guru2 yg pernah mendidik secara langsung atau tidak, anda merupakan insan2 yg paling tabah yg pernah saya jumpa.


tetiba hati ini mengenang kembali sambutan hari guru yg diadakan di dewan besar semesta pada tahun 2007, iaitu 3 tahun yang lepas. secara umumnya, sambutan hari guru merupakan acara yg terakhir bg setiap pelajar tingkatan 5. acara yang senantiasa dinanti-nantikan,yg perlu difikir secara diteliti,dibincang agar majlisnya dapat berjalan lancar.
majlis sambutan juga memperlihatkan kemampuan form 5 yg menganjurkan majlis terakhir mereka di sekolah pada mata para pendidik


terus menerus kpd majlis sambutan hari guru peringkat semesta 2007. majlis yg diuruskan batchfims0307(batch aku la 2) dan bertemakan "guru cemerlang penjana modal insan gemilang", ia merupakan majlis yg paling berjaya yg pernah kami laksanakan. setelah perbincangan, kami sebulat suara memilih tema "black n white" atau hitam putih sbg tema dewan pada hari tersebut. satu tema yg rasenye belum dipilih utk majlis tersebut. dewan dihias hitam putih,
dilengkapi penguin di bwh pentas


dan juga terdapat catur gergasi menghiasi bahagian pintu masuk dewan


dgn tikar getah hitam putih menutupi jalan msuk.


memang lain dr yg lain dewan pd hari tu.
p/s: tiada kaitan dgn illuminati krn niat kami hanya utk mencari kelainan dan xtau mengenai illuminati lagi pd masa tu


guru2 lelaki segak mengenakan pakaian kemeja putih berseluar hitam


manakala guru2 perempuan mengenakan baju yg ditempah mereka yg berwarna hijau. sungguh cantik mereka.semua tingkatan 5 mngenakan pakaian yg same, putih dan hitam. upacara majlis bermula dgn para mentee mngiringi mentor masing2 bersama hadiah msuk ke dalam dewan. pihak brassband memulakan muzik mereka, ala2 muzik diraja org putih msuk ke istana. semua warga dewan bangun sbg tanda memuliakan upacara masuk dewan para pendidik. bermulalah majlis dalam dewan scara rasmi dan dituruti dgn ucapan dan lain2 agenda.


masih xdpt aku lupakan, ucapan khas yg aku beri mmg xbersedia 100%. xtau la ape yg aku merepek time 2. ish3. mungkin malam sbelum 2 terlalu sibuk mnguruskan dewan dan persiapan dewan. kpd cikgu2, mintk maaf sekira kandungan ucapan pada masa 2 xbijak,..hehe.

setelah majlis rasmi, terus kpd berehat dan acara permainan dimulakan. antaranya, boling kelapa, sumbat gol sambil tutup mata, kupas epal dan lain2. selepas itu, guru2 disajikan dengan persembahan yg dirancang oleh pelajar2 form 5. persembahan spt dikir barat diketuai cikgu zaharol, tarian form 1, nyanyian "intifada" dr guru2 lelaki dan "terlalu istimewa" dr guru2 perempuan, tarian dr cikgu jabar. yg menarik mengenai persembahan ialah tarian dr form 1 yg mengiringi lagu "bukan cinta biasa". mereka diajar oleh pelajar form 5 yg terlibat dgn tarian yg sama ketika mereka form 1.


senang kate, tarian turun temurun diajar semula. memang nampak comel.


dan akhirnya, majlis berakhir pada pukul 1.30ptg. alhamdulillah, ia dapat berakhir spt dirancangkan,cum2a persembahan nurdhiya aizat sahaja terpaksa dipotong.terpakse.sory ek aizat. kami mmpu mengekalkan rekod sprti tahun sblmnya iaitu majlis xmeleret2.syukur2.

credit to din,ema,sam,izham,asydad,azman,pejo,anis,paan,amy,dalila,
atuk,nazmi,aiman,sazwan dc,aina,mai,fizani,yati,suzie,wani..prefect 2007,
briged bestari n semua pelajar yg trlibat menjayakan sambutan hari guru 2007.


cam2 la,. sdikit sebanyak mengenai perjalanan majlis 3tahun yg lepas. satu majlis yg akan aku kenang sehingga bila2. apa2 pun, sempena 16 mei ni, aku nk ucapkan selamat hari guru kpd para cikgu yg pernah mendidik diri ini. para penyelaras yg berusaha menjaga kami se-batch: cikgu mail, cikgu faridah, cikgu zakaria dan cikgu latifah abdullah, cikgu roslan dan cikgu radhiah,serta ustaz wan bukhari. cikgu maziah,cikgu fakha,teacher lam, teacher yusmiza, cikgu robibah,cikgu wan sazali, cikgu amir ya,ustazah salwana,ustazah sarimah, ustazah zauyah,...... dan semua cikgu semesta yg lain. maaf, bukan xnak senaraikan name cikgu ,cuma ruang xmencukupi. jgn salah faham k.

terima kasih kerana berusaha membantu kami menjadi insan berguna.mendapat keputusan yg cmerlang. saya selaku wakil warga fims, yg agak terkenal di sekolah kerana kenakalan kami, minta maaf byk2 kerana mmbuatkan cikgu xsenang duduk. ingatlah, kami nakal,degil or xdengar cakap mungkin kami masih kecil lg pd masa 2 walau hakikatnye fizikal dah besar2 belaka. mungkin juga kami kurang menghargai segala usaha dan penat lelah cikgu mndewasakan kami dlm kehidupan berasrama.

jd,. saya doakan cikgu2 sihat2 belaka. semoga tabah dalam mengharungi masa2 mendatang. smoga segala usaha cikgu sume akan dibalas Allah swt.
TERIMA KASIH CIKGU!!!

No comments:

Post a Comment

Ce Try Tengok Yang Ni Plak...

_i luv Islam