Monday, August 24, 2009

ihya ramadhan,..



assalamualaikum,.. sedar tak sedar, alhamdulillah dah 2 Ramadhan dah hari ini. Bagai syawal lalu
baru sahaja berlalu, ramadhan yg dinanti telah tiba. Alhamdulillah, Allah s.w.t telah panjangkan umur kita, murahkan rezeki kita agar dipertemukan lagi dengan bulan yang penuh barakah ini.
Betapa nikmatnya Ramadhan, di mana mengajar manusia erti kesabaran, bersederhana dalam
kehidupan. Disamping itu, bulan Ramadhan turut mengingatkan kita mengenai sahabat2 dan saudara kita yg sentiasa tidak kecukupan makanan di luar sana. InsyaAllah, moga2 kita mendapat pengajaran atas ujian yg Allah bekalkan kpd kita agar sentiasa menjadi hamba yg taat serta berbakti kpd agama yg benar, iaitu Islam. Dan ingatlah, fokus utama Ramadan dalam Al-Quran ialah penurunan Al-Quran. perkara2 lain merupakan perkara kedua. NAmun Kebanyakan kita hanya memberi tumpuan kepada solat tarawikh semata-mata. Ingatlah, penurunan Al-Quran menber maksud yg lebih jelas. Salam Ramadan dari saya dan semoga diberkati Allah swt dalam melakukan ibadah dalam kehidupan seharian.

No comments:

Post a Comment

Ce Try Tengok Yang Ni Plak...

_i luv Islam