Sunday, November 16, 2008

SEJARAH

Diriku…

Semua insan ada sejarah hidup masing… tanggal 10 mac 990, aku dilahirkan

Ke muka bumi kat hospital batu pahat, johor.. zahirnya, aku merupakan anak ke 5 darpada 7 orang adik beradik. Bilangan adik beradik yang ramai memaksa emak menghantar aku ke rumah atuk di raub, pahang. Di situ, aku mengenal dunia seawall 1 tahun..aku kembali tinggal bersama mak ayah pada umur 6 tahun. Keringat atuk dan arwah wah yang menjaga dan membesarkan aku memang tak dapat dilupakan..

Pendidikan

Pendidikan aku bermula seawal 4 tahun di tadika kemas tok machang.hari2 atuk yang hantar naik basikal setianya.. kemudian di tadika kemas pinu padang pada usia 6 tahun. Aku memulakan alam persekolahan di sekolah kebangsaan ulu gali pada tahun 1997.

Disana, aku tak dapat menghabiskan 6 tahun pembelajaran kerana berpindah ke sekolah kebangsaan temin, jerantut pada 1 feb 2001 iaitu ketika di darjah 5. cukup setahun , aku berpindah lagi ke sekolah kebangsaan karak, bentong kerana mengikut emak berpindah.

Alhamdulillah, aku berjaya mendapat keputusan cemerlang 6a dalam upsr dan melayakkan aku ke sekolah menengah sains tengku Abdullah (semesta). Tak jauh dengan rumah atuk, lagipun dari dahulu aku melihat sekolah ini dari jauh, akhirnya aku berjaya melangkah kaki sebagai seorang pelajar pda 8 jan 2003..

Hari- demi hari aku lalui. Pelbagai pengalaman pahit dan manis kutempuh. Antaranya, study aku, awek, hidup asrama, cikgu2.. macam2 lagi. Tapi memang syok hidup seolah menengah walaupun banyak halangan dan rintangan. Hehe

Sekali lagi sejarah tercipta, apabila aku berjaya mendapat keputusan cemerlang iaitu 8a dalam peperiksaan pmr Aku bejaya `graduate` alam persekolahan aku selama 5 tahun (2003-2007) setelah tamat mengambil peperiksaan spm . namun, result spm tak boleh dibanggakan sangat kerana hanya mendapat 7a 4b. alhamdulillah, mungkin setakat itu sahaja usaha aku untuk spm..

Result itu membolehkan aku memasuki universiti islam antarabangsa Malaysia(uiam) kampus petaling jaya untuk membuat program asasi dalam kos kejuruteraan. Kehidupan berasrama hamper sama tetapi kebanyakannya lain dari yang lain. Tak ade warden, re-call, perhimpunan dan macam2 lagi..

Kehidupan aku masih panjang… aku masih di sini di cfs iium…


1 comment:

  1. : Alhamdulillah ... Bila dibaca dan amat cerita ini , sedikit sebanyak menyentuh hati ku ini ... terasa sebak , terasa hiba , semua dirasai jua...akan tetapi ku yakin keikhlasan tulisan ini yang membuat ia menyentuh segenap seluruh jiwa raga ku ... cerita ini hampir sama dengan kehidupan peribadiku ... ;(

    ReplyDelete

Ce Try Tengok Yang Ni Plak...

_i luv Islam