Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Sunday, May 13, 2012

Agama Kita.

"sia-sia Orang Islam cakap pasal agama, keluar ayat Al-Quran bermacam-macam dgn tujuan memperbetulkan org lain KALAU diri sendiri tak jaga attitude. Bila bagi masa, masa tak ditepati.Bila bagi kerja , buat sambil lewa. Menjadikan Islam yg indah diperlekeh, bukan kerana nature Islam, tetapi disebabkan attitude si penganut"

#sedas dr Dr Fadzlin. ~ade edit2 sket.

# bunyi agak kasar. Namun itu hakikat. Perit namun ia tetap harus ditelan. Kita mungkin sedang selesa dengan keadaan kita sekarang. Tanpa ada yang menegur, kita alpa. Manusia. InsyaAllah berpesan-pesan.

Friday, February 03, 2012

brilliant part 1: Julian beever

Julian Beever, salah seorg pelukis 'street drawing' yg amat terkenal dengan lukisan 3D. Menghasilkan buku Pavement Chalk Artist mengenai idea dan lukisannya pada tahun 2010. Kepakaran yang susah nak dihasilkan. Certain side je baru nampak real lukisan ni. Amazing!


besar gile coke!!


nape plak tercabut mozek tu?


anjing laut kat tengah jalan?


emas??


mana cermin tu?

awesome kan? bukan nak membanggakan pihak mereka, cuma kagum dengan kekuasaan Allah yg diilhamkan kpd makhluk-Nya. sekian.

Friday, December 02, 2011

tekanan.

ada banyak masa saya rasa sangat tensen. ada masa saya rasa sangat senang. ada masa saya rasa sangat membazir. nampak kan , apa yg kita rasa xtetap. jadi, kalo rasa tertekan, fikirkan di mana dan buat apa masa anda senang. kalo senang, cuba fikir kalo kita takbuat apa yang sepatutnya kita buat. jangan senang kena goda nafsu. sekian =-)

Sunday, October 30, 2011

plan A,B,C,..





maksud dia, kite rilek je. jangan cepat gelabah kalo perancangan
asal takmenjadi. ada hikmah disebalik kejadian.
nampak sangat kerdil sangat kita berbanding pengetahuan Allah.
namun, usaha sebaik mungkin dan serah kpd Allah yang selebihnya.
Sesungguhnya, kita hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukan.
=-)

Thursday, October 06, 2011

4 isteri,jagalah yang pertama:


Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.

Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ket
iga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.

Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.

Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.

Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri."

Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam. "Tentu saja tidak!" jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.

Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, "Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?". Isteri ketiganya menjawab, "Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati". Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.

Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku?" Si isteri kedua menjawab perlahan, "Maafkan aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu."

Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus asa.
Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu." Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang lalu berguman, "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku."

Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;

ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.

ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai kuburla mereka akan menemani kita.

DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering
mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak.

Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari!
dipetik dr sumber Dunia Macam2. =-)

Ce Try Tengok Yang Ni Plak...

_i luv Islam