Friday, March 04, 2011

MERIAH petang ni!!

kenape? kerana semua pelajar UIA level 1 sedang mendaftarkan diri untuk shortsem dan juga sem 1 2011/2012. hah, rata2 berada dihadapan laptop, mahupun di makmal komputer dan juge cc yang berhampiran ye. KELAKAR2. server yang sangat mencabar kelembapannya menyebabkan halaman fesbuk sungguh feymes dengan cacian dan makian mereka2 yang kurang kesabaran. KESABARAN SAYE PUN ADE HAD NYE. huhu. asyik2 xdpt msuk, mnyirap jugak.
oklah. saye nak sambung mendaftar.


muka faveret

Wednesday, March 02, 2011

LIPUTAN KHAS: BRODHA FC

LIPUTAN KHAS: BRODHA FC


kanan atas:afwan,gogo,amzar,coep, keri,pusat, jepah,heriy, syuk(c), muiz
kanan bawah: buyat(manager),sapren, ucop,kuri, apai,ajik, kamal, black.
*tiada diatas: cirit, apai kecik

Brodha fc ? apakah? Ha, bagi deme2 yang tak tau, Brodha Fc merupakan sebuah pasukan bolasepak yg ditubuhkan oleh individu tertentu sebelum bermulanya Liga Kejuruteraan atau lebih ‘feymes’ Engineering Premier League(EPL). Individu tersebut tak lain dan tak bukan ialah sedare Muhayat kite ye… Mesti deme tak tau ape dan mengape name “Brodha” ni dipilih kan? Aku pun baru je tau gak selepas habis sume game. Sebenarnye, Brodha ni di petik dari sebutan “brother”. Ce deme sebut lelaju perkataan brother 2. Tak ke lame2 jadi broda? Cam tu la asal usul brodha yang dicerita buyat sendiri.

Terdiri dari 20pemain yang dicari dan dibentuk, Brodha diundi berada dalam kumpulan B bersama Kfc, Gelaktikus, Sokermaster dan ……. Brodha memulakan saingan liga dengan garang menewaskan kfc sebanyak 8 gol berbalas 0. Perlawanan seterusnya , Brodha terus dihadapan mengalahkan Gelaktikus 1-0, Sokermaster 3-1 dan akhir sekali……….. Akhirnya, Brodha Fc mara ke pusingan seterusnya iaitu kalah mati 1st divisyen.

Brodha diundi bertemu Olegacy di peringkat ‘quarter final’. Tuah masih di pihak Brodha kerana Berjaya menumbangkan Olegacy 3-0. Semangat yang tinggi serta keyakinan yang berkobar-kobar mengiringi para pemainan untuk terus beraksi di peringkat separuh akhir.

Di peringkat separuh akhir pula, Brodha bertemu Palmiero Fc untuk menentukan siapa yang layak untuk ke peringkat akhir EPL yang bakal diadakan di stadium UIA.Rezeki tidak menyebelahi Brodha kerana akhirnya tewas kpd Palmeiro 2-0. 27hb Februari bertempat di padang ragbi, perlawanan penentuan tempat ke3 dan ke4 berlangsung pada pukul 8.30pg. Brodha tampak tempang dengan ketiadaan pemain utama seperti gk Afwan, defender Amzar,Jepah midfielder Saprin. Keeper diberkan kepada Muiz yang mampu menyahut cabaran itu. Banyak perubahan dilakukan untuk menutup ketempangan termasuk keeper Muiz dan defender kanan, Aku. Seperti diduga, Brodha tampak longlai di separuh masa kedua membolehkan CAkar Ayam mendapat kemenangan melalui jaringan 2-0. Berakhir sudah perjuangan Brodha Fc yang membawa pulang wang tunai rm200.

klik2 sekitar perlawanan penentuan tempat ke3 dan ke4

Biarpun tidak dapat beraksi di final, Brodha sudah melepasi sasaran awal iaitu melepasi peringkat kumpulan. Biase la, team baru tubuh, tak kan terus numbor satu pulak kan. Baiklah smoga nama Brodha terus kekal dalam ingatan setaip pemain yang beraksi di EPL yang lepas. Biar kalah, tetapi prstasi dapat dipertingkatkan. Bagi aku, pengalaman bermain bersama memang best. Maklumlah, rata2 dah lame tak rase bola padang. Oklah, stakat tu aje laporan khas Brodha Fc . sekian.




kacak kan??

Ce Try Tengok Yang Ni Plak...

_i luv Islam