Sunday, June 28, 2009

from nothing to habit,..


actually, i wonder if i have this strange habit. i don`t care what viewer want to say about it.. really to know?? hehe habit of collecting key chains. before this, i have ever think to perform this things.. then, starting from form 4, i just save received key chains during any programmes that i joined. so, now i have 16 types of different key chains from various places!! haha i realise that, with these key chains, i able to memorize moments that i went to that places.some of examples taman tamadun,muzium trengganu, parkson alamanda,bukit merah,zoo taiping n many more.hmm i also got gift from my friends which they r in holiday in certain country-indonesia,australia,japan n Makkah. something, not as a gift,but i asked them to buy one.hehe.not just for places, i also keep key chains from any programemes that i had joined be4.for instance,deutsch kulturwoche in sbpi gombak 2006, plkn n exam taaruf week committee. sadly,. i had lost key chain from singapore,dono where i put it-but it`s totally lost. so, any friends who wish to visit any where, plez reward me a key chain k!! =-) jasamu dikenang

Wednesday, June 24, 2009

batch reunion 0910



tanggal 19 & 20 jun yg lepas, fims 0307 telah berjaya mengadakan reunion & diadakan di raub,pahang. sebenarnya, xplan secara detail pun, just nak amik sijil spm je. kebetulan pulak, budak2 ni ade contact utk buat friendly rugby ngan team skolah. so, amek la kesempatan utk
join reunion ni. aku ke sana ngan keta sekali gerak dgn budak2 uia-krotok,shown,irsyad,paling,usop,apek & fadhil. sampai semesta dlm kul 3.15 ptg, amek sijil n trus ke padang. paham2 je la ex-student men rugby, konpem semput. so, result die 2-1 utk 1st game, n 2-1 gak kot utk 2nd game. maknenye, kalah la 2. even lame xmen, bleh gak la kami wat try. huhu bangge jap. then, lepak2 kat dema sambil menikmati kuih-muih free.antara bdk2 fims yg ade adalah turat, nazmi, q,bile, izham sadud,ipan, zaaba, din,gman,laloq,acap,apoi, nithya n puvan. tambah tolak ade la 21 org kat semsta time 2.hehe. rilek2 jap smentara hilang peluh n kuar minum kat warung depan skolah 2. borak2 nye borak + kutuk-mengutuk, dlm 7ptg baru abes. nazmi n acap terpakse beransur sbb ade hal sket.
so, yg lain,bergerak ke bandar utk cari tempat menginap. dah la hujan time 2, dapat gak la ke hotel-cam sewa 1 rumah gak la.sorg byr dlm rm11.20(detail 2!!). siap2.. n g makan kat depan smk syahbandar. pas makan, g jap lepak kat funfair raub 2. nak balik bilik xde letrik, lepak jap kat padang. borak2, baru la balik bilik.
keesokkan harinye, puas la tggu bdk2 ni bangun. last2 kul 12 gak baru kuar n trus g makan. plan nak makan abc yg slalu kitorg g time outing dulu2, tp abc da xde. xpe la, makan je la kat c2. so, ade yg solat dulu,pas2 baru la bersurai. bdk2 kl balik trus ari 2. tp yg dak2 uia still lepak, ade kat umah aku, umah usop n shown. pagi ahad lak, sempat lagi g mandi kat lata jarum. yusra , tam pun xterkecuali. siap2 mandi kul 12, n trus grak balik,..
secara overall, letih kot sbb aku jd driver.tambhan, byk gak gne duit,.. hampir kering aku,. xpe la,aku stillberpegang on this word 'experience needs sacrification'. so, good luck 2 all fims n smoga maju jaye!!

Wednesday, June 17, 2009

nasihat kepada remaja,..



Berikut merupakan beberapa nasihat kepada remaja:

  • Anda kena membesar dengan cepat pada zaman sekarang. Apabila berhadapan dengan masalah, jangan bandingkan dengan apa yang rakan-rakan anda hadapi sebaliknya lihat masalah itu sebagai individu. Setiap masalah berbeza dan ia sangat membantu jika anda dapat berkongsi dan menceritakan masalah kepada orang dewasa yang baik dan berpengalaman kerana mungkin dia boleh membantu anda menghadapi masalah tersebut dengan lebih baik.
  • “Dua kesilapan tidak menjadikan sesuatu itu betul”. Anda mungkin pernah dilayan dengan buruk, didera dan ditindas tetapi jangan lakukan perkara yang sama pada orang lain kerana ia tidak akan melenyapkan masalah anda.
  • Jika anda tidak jumpa contoh yang baik dalam keluarga atau dikalangan sanak-saudara, cari orang dewasa lain yang alim, bijak dan bertanggungjawab.
  • Jangan percaya setiap perkara yang anda dengar dari media dan filem. Berita, filem, permainan dan sebagainya dicipta dan direka oleh manusia, yang sama seperti anda dan saya, yang mempunyai pandangan tersendiri dan mempunyai mesej yang hendak disampaikan. Mesej itu tidak semestinya mesej yang baik dan betul.
  • Cuba ambil sedikit masa setiap hari untuk berfikir dan berterus terang dengan diri sendiri. Baca cerita-cerita yang memberi inspirasi dan biografi individu-individu yang berjaya mengatasi halangan dengan cara yang positif dan bagus.
  • Yang paling penting sekali, jika anda menghadapi masalah atau dalam dilema, mintalah pertolongan daripada Allah swt. Berdoalah dan bukalah pintu hati anda untukNya. Jika anda mengambil langkah pertama, yakinlah bahawa bantuan Allah itu sangat hampir.


Usahlah terlalu memilih cinta ,..


Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya...

Pelajar: Guru, apakah erti cinta? Bagaimanakah saya boleh mendapatkannya?

Guru: Ada sebuah ladang gandum yang luas di depan sana, berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. Kemudian ambillah satu ranting. Sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

Pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

Guru bertanya: Mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun?

Pelajar menjawab: Saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur ke belakang semula. Sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. Jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

Gurunya menjawab: Ya, itulah cinta.

Di hari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan?

Guru: Ada hutan yang subur di depan sana. Berjalanlah kamu. Tetapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. Tebanglah sepohon pokok saja dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik, segar dan tinggi kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

Pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

Maka gurunya pun bertanya: Mengapa kamu memotong pohon seperti ini?

Pelajar itu menjawab: Sebab berdasarkan pengalaman saya sebelum ini, saya hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. Jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa ke sini. Pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. Saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya.

Maka guru itu menjawab: Itulah perkahwinan.

Kesimpulannya, usahlah terlalu memilih cinta, ditakuti anda akan terlepasnya, dan janganlah terlalu memilih jodoh, terimalah pasangan anda dengan seadanya. Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Setiap insan pasti ada kelebihan dan kekurangannya.

Oleh: Prof Madya Dr Asmawati Desa

Saturday, June 13, 2009

it`s me!!

* Berpesonaliti menarik dan menawan. * Mudah didampingi. * Sangat pemalu dan pemendam rasa. * Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati. * Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran. * Suka pada kedamaian. * Sangat peka pada orang lain. * Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain. * Tidak cepat marah dan sangat amanah. * Tahu membalas dan mengenang budi. * Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam. * Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal. * Suka berangan-angan. * Suka melancong. * Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi. * Kelam kabut dalam memilih pasangan. * Suka dengan hiasan rumahtangga. * Punya bakat seni dalam bidang muzik. * Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik. * Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

Tuesday, June 09, 2009

renungan untuk kaum adam,..

Baru2 je buka ym td, aku dapat offline message dari member aku time jadi committe taaruf dulu. Best gak ayat die,so post la ayat ni.Mane tahu bleh berdakwah ke. baek juga aku ni. renung2kan & slamat beramal=-)


“Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannnya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, keremajaannya, serta kemampuannya mengoncang iman lelaki. Tetapi… lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya. Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan. Wahai Sahabatku, Sebarkanlah pesanan ini kepada sahabat lelaki anda sebagai renungan pada diri mereka dan dalam memilih bakal isteri…”

Saturday, June 06, 2009

tag by amiera=-(


1- Copy Award Di Atas Untuk Diletakkan Di Blog Anda

2- Nyatakan 5 Fakta Menarik Tentang Si Pemberi Award Ini

- seorg muslimat(pempuan la 2)
- org kuat pub & info + tahu selok belok duit(treasurer tuuu)
- hmm suke on9+ ym
- mule berjinak2 ngan facebook
- dak engine cfs uia

3- Setiap Blogger Mestilah Menyatakan 10 Fakta Atau Hobi Diri Sendiri

- suke nombor 10
- still single & available(haha kalo iye pun, sare la diri dulu kui3)
- suke bersukan(expecially bola,takraw )
- amek asasi engine kat uia pj(inyaAllah out as communication engineering)
-
minat gak online tp kena merempat kat laptop org(huhu)
- bangge +puas hati ngan kemampuan diri sendri
-ade effort utk upkan lg experience(smua aspek la)
- suke jd driver kat umah
- lebih dikenali ngan name `apai` kat skolah dulu( kacak pun ok gak,..haha)
- peace no war


4- Anda Perlu Memilih 10 Penerima Award Seterusnya Dan Describe Tentang Mereka

a) mizdinky(suke byk komen org..cam bagus keh3,..kenal time leadtrain)
b) afiq azlami(seorg yg cute sbb die ni gempal dapok.,,member plkn psar)
c)fakhrurrazi(peminat konon setia manu,..hehe,... member plkn gak)
d)shazlenna(xkenal pun,.mane la cam,.su leadtrain,.tp wajib gak wat tag ni)
e) hazwani(mm kesengalan berganda,hepi go lucky,..member pub & info)
f) g) h) i) j)
pahal la ramai sgt,.. lantak la. sape yg view blog ni, korang kena wat gak,.
haha

Ce Try Tengok Yang Ni Plak...

_i luv Islam